Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Denggi: Gejala, jenis virus dan rawatan

Singapura kini menghadapi keadaan penularan denggi yang serius dan jumlah kes dijangka terus naik mendadak. Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), 1,055 kes denggi dicatatkan minggu ini dan lebih 8,000 kes sudah pun dilaporkan dalam lima bulan pertama tahun ini. Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding 5,258 kes denggi yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu. Kelompok aktif denggi meningkat lebih 40 peratus daripada 196 kelompok pada penghujung April kepada 280 kelompok setakat 13 Mei lalu. Maka itu, NEA dengan kerjasama para pemimpin akar umbi meningkatkan pemeriksaan selain berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan para penduduk. Dengan kerjasama sedemikian, jumlah kelompok aktif denggi berjaya dikurangkan sekitar 70 peratus sejak permulaan tahun ini.
May 23, 2022 | 5:30 AM
-

Denggi adalah penyakit yang dikenali sebagai demam patah tulang dengan ciri-cirinya adalah demam tinggi, sakit kepala, sakit sendi dan ruam panas. Denggi adalah disebabkan oleh sejenis RNA virus jenis flavivirus dan ia memerlukan nyamuk betina aedes egypti untuk membiak dan menular. Justeru, denggi hanya boleh dijangkiti apabila nyamuk aedes betina yang membawa virus denggi menggigit seorang manusia. Jadi, kalau kita pastikan rumah kita bersih daripada nyamuk, tidak mungkin anda akan terkena sakit denggi di rumah.

GEJALA SAKIT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg