Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PENERIMA ANUGERAH BINTANG: ENCIK MOHAMED FADHIL MANDOR KANAN DI SYARIKAT AARDWOLF PESTKARE

Gembira dapat bantu selesaikan masalah haiwan perosak

Tahun 2021 yang kini sampai ke penghujungnya ini adalah mencabar bagi pekerja, termasuk yang berkecimpung dalam sektor perkhidmatan sekitaran. Selain menghadapi cabaran tenaga manusia, ada pula yang perlu mengatasi cabaran bersangkut paut seperti keletihan semasa melaksanakan tugas. Baru-baru ini, beberapa pekerja dari sektor ini menerima anugerah daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang antara lain mengiktiraf sumbangan mereka, termasuk dua pekerja yang diwawancara BERITA HARIAN. Ikuti laporan berikut.
Dec 21, 2021 | 05:30 AM



PEKERJAAN sebagai seorang pengawal haiwan perosak sering disifatkan sebagai 'kotor', 'jijik' dan 'busuk'.



Tetapi bagi Encik Nashrudin R Azman, tanggungjawab itu lebih mulia kerana kita memastikan kebersihan persekitaran.



Apatah lagi, apabila beliau menganggap kerjanya itu "tidak ubah seperti seorang doktor" kerana dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi seseorang.



"Sekiranya anda sakit, ada akan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.



"Ianya sama bagi kami dimana kami dapat membantu menyelesaikan masalah haiwan perosak di sekitaran mereka supaya mereka dapat kembali menjalankan kehidupan dengan baik," katanya.



Encik Nashrudin, 33 tahun juga tidak menjangkakan memasuki industri ini apabila diperkenalkan dengan pekerjaan itu oleh pakciknya 13 tahun lalu.



"Pada mulanya saya fikir saya tidak boleh pergi jauh dalam pekerjaan ini. Namun, selepas memulakannya, saya mula rasa seronok.



"Saya juga tidak takut akan haiwan perosak yang saya harus kawal kerana saya meminati haiwan sejak kecil lagi," katanya yang gemar menyimpan serangga pada zaman kanak-kanak dahulu.



Walaupun pekerjaan itu nampak mudah, Encik Nashrudin berkata cabaran beliau dan pasukannnya itu adalah untuk mengakali perosak haiwan yang harus ditangani.



"Kadangkala, ia (haiwan perosak) lebih pandai mengelak perangkap yang kami pasang.



"Oleh itu, kami perlu bekerja sama dan 'satu kepala' untuk menangani isu itu secepat mungkin," kata mandor kanan yang bekerja bersama syarikat Aardwolf Pestkare (S) Pte Ltd itu.



Selain itu, Encik Nashrudin juga sering memberikan idea baru untuk memperbaiki operasi hariannya itu.



Contohnya, beliau telah mencadangkan sebuah peranti alat khas bagi meningkatkan kebolehsenggaraan perangkap tikus.



Ini membolehkan pekerja beliau menghilangkan bau serta kotoran di perangkap itu secara mudah.



Beliau juga percaya kebersihan di persekitaran amat penting bagi membasmi kuman, terutama sekali semasa pandemik Covid-19 sekarang.



"Haiwan perosak tidak akan pupus. Tetapi, kita juga memainkan peranan penting supaya haiwan ini tidak membawa penyakit yang merbahaya terhadap masyarakat," ujar beliau.



Atas sumbangan dan komitmennya dalam sektor perkhidmatan sekitaran (ES), Encik Nashrudin telah menerima anugerah bintang daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sempena Hari Tenaga Kerja ES 2021.



Encik Nashrudin berkata beliau berasa puas hati apabila dapat membantu kliennya menyelesaikan masalah mereka berkaitan haiwan perosak dan kuman.



Beliau juga tidak lupa akan kesungguhan dan sokongan daripada teman-teman sekerja yang lain yang telah menyumbang kepada usaha membantu mewujudkan kebersihan persekitaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >