Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Gembira dapat tarawih di masjid walau sekatan Covid-19 kekal

Apr 21, 2021 | 05:30 AM



BELIAU tidak pernah terlepas menunaikan solat tarawih di Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris sejak lebih 15 tahun lalu.



Oleh itu, kesedihan cukup terasanya melihat masjid yang biasanya 'meriah' pada malam-malam Ramadan gelap dan sepi selepas ditutup semasa tempoh pemutus litar (CB) jangkitan Covid-19 tahun lalu.



Dan apabila keadaan pandemik yang semakin terkawal membolehkan masjid mengadakan solat tarawih tahun ini, Encik Abdul Ghani Mohamed, 50 tahun, antara jemaah yang mengalu-alukan langkah itu.



Masjid dibenarkan mengadakan solat tarawih berjemaah bagi bilangan jemaah terhad, selain melaksana langkah pengurusan selamat.



Ini berbeza daripada tahun lalu apabila semua masjid ditutup sepanjang Ramadan kerana ia jatuh dalam tempoh CB yang dikuat kuasa bagi membendung penularan Covid-19.



"Kita biasanya berbuka, bertarawih bersama jemaah masjid, jadi bila itu tidak dapat dilakukan tahun lepas, kekosongan cukup dirasakan.



"Tarawih tak ada, bermakna bacaan imam pun tak kedengaran. Kerja-kerja amal bersama sukarelawan masjid pun tiada, masjid gelap sahaja, tiada lampu, suara riang kanak-kanak pun tak kedengaran.



"Jadi sudah tentu rasa gembira bila diberi peluang lepaskan rindu tahun ini," kata beliau, yang juga sukarelawan di masjid itu.



Encik Ghani menambah bahawa meskipun langkah keselamatan masih dikuatkuasakan dan batasan perlu dijaga, solat tarawih berjemaah di masjid sedikit sebanyak dapat mengembalikan suasana Ramadan seperti selama ini, walaupun tidak sepenuhnya.



Beliau berkata walaupun tidak dapat ke masjid setiap hari, Ramadan tahun lalu memberi masyarakat Islam di Singapura peluang meluangkan lebih banyak masa di rumah beribadah bersama keluarga.



"Biasanya kita akan isyak dan tarawih berjemaah dan juga tadarus bersama. Jadi sekarang ada baiknya juga kerana dapat mengeratkan hubungan keluarga," ujarnya.



Encik Ghani berharap masyarakat Islam tidak mengabaikan masa yang ada kini untuk beribadah bersama keluarga.



"Bagi saya kita harus mengimbangi masa dan peluang yang ada untuk ke masjid dan beribadah di rumah. Mungkin hujung minggu kita boleh diluangkan bersama keluarga, berbuka, bertarawih dan bertadarus bersama," katanya.



Encik Ghani berharap pandemik ini cepat berakhir agar bukan dapat bertarawih di masjid sahaja, bahkan menunaikan haji dan umrah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >