Gembira diberi peluang berbakti kepada masjid selama 2 dekad
Premium
Gembira diberi peluang berbakti kepada masjid selama 2 dekad
Jan 21, 2022 | 5:30 AM
INGIN TERUS BERBAKTI: Cik Alimah Hassan, meraih pelbagai pengalaman sepanjang menjadi relawan di Masjid Hasanah. - Foto MASJID HASANAH -
RASA cinta kepada masjid akan membuatkan seseorang bersungguh-sungguh berbakti kepada masyarakat dan agama. Perkara ini telah dibuktikan oleh salah seorang sukarelawan Masjid Hasanah, Cik Alimah Hassan, yang tidak pernah menganggap faktor usia sebagai penghalang dirinya berkhidmat di Masjid Hasanah.
Beliau yang sudah hampir dua dekad melibatkan diri dalam khidmat sukarela ini berkata beliau sangat gembira kerana masih diberi peluang oleh Allah swt untuk meneruskan kerja amal di masjid tercinta.

