Topik diikuti
Pergi ke BHkuGembleng tenaga bersihkan kawasan kubur
Inisiatif amal dijalankan Reforming Support Group yang terdiri daripada bekas pesalah
Gembleng tenaga bersihkan kawasan kubur
HATINYA tergerak untuk melakukan sesuatu sebaik sahaja mendengar berita tentang kehadiran ular tedung di tanah perkuburan orang Islam, Pusara Abadi.
Lantas, Encik Ramli Abdullah, pengasas pertubuhan rasmi yang dianggotai bekas pesalah, Reforming Support Group (RSG), tidak teragak-agak mengajak anggota kumpulannya untuk sama-sama menggembleng tenaga membersihkan tanah perkuburan blok 24 baru-baru ini.
