Giat perbetul persepsi salah wanita yang anggap perbuatan demi perbaiki diri, pegangan agama
Premium
Giat perbetul persepsi salah wanita yang anggap perbuatan demi perbaiki diri, pegangan agama
Sep 12, 2021 | 5:30 AM
BERPENGALAMAN LUAS: Kini dianggap 'veteran' RRG dengan lebih 16 tahun pengalaman, Ustazah Kalthom (gambar) akui bahawa banyak lagi yang perlu diteroka, dikaji dan difahami dalam aspek pemulihan individu yang terpengaruh ideologi ektremis. Ini terutama sekali dengan bentuk ancaman yang terus berubah dengan masa. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
Sejak ditubuhkan, Kumpulan Pemulihan Agama (RRG) telah memain peranan utama dalam usaha pemulihan warga setempat yang cenderung kepada fahamam pelampau. Sebahagian besar kejayaan mereka boleh diperuntuk kepada usaha gigih tenaga asatizah yang memberi khidmat secara sukarela dalam usaha pemulihan ini. Dua daripada mereka berkongsi pengalaman masing-masing dengan BERITA MINGGU.
DALAM interaksinya dengan wanita-wanita yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ustazah Kalthom Muhammad Isa mendapati satu persamaan dari segi dorongan sebalik perbuatan mereka.

