Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN FOTO

‘Gila’ anak patung Barbie

Jul 31, 2023 | 05:30 AM



Baik anting-anting gegelang, minyak wangi, mahupun baju – jika dikaitkan dengan jenama anak patung Barbie, pasti menjadi rebutan sekarang.

Tayangan filem Barbie yang terkini telah menghidupkan kembali minat terhadap anak patung plastik dan warna merah jambu pekat, atau ‘hot pink’.


Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, orang ramai kurang berbelanja.

Justeru, banyak perniagaan yang mengambil peluang memanfaatkan ‘kegilaan’ terkini itu untuk menambah keuntungan.

Jenis-jenis produk yang ditawarkan serta kerjasama antara jenama berbeza disasarkan kepada golongan dewasa dengan menyentuh nostalgia mereka yang kebanyakannya pernah bermain dengan anak patung itu semasa kecil.

Mattel, yang memiliki jenama Barbie dan memperkenalkan anak patung berhias itu pada 1959 – direka cipta usahawan wanita Amerika Syarikat, Cik Ruth Handler – menyasarkan agar filem tersebut memperbaharui tarikan anak patung itu, dan pada masa yang sama menerapkan minat tersebut dalam minda generasi baru.

“Saya belum pernah melihat begitu banyak kerjasama antara jenama yang datang daripada satu filem,” kata rakan kongsi pengurus di agensi yang mengendalikan kolaborasi antara jenama, Mando-Connect.

Koleksi Barbie untuk pakaian jenama Zara telah dilancarkan baru-baru ini.

Ia mkemaparkan 17 pakaian kanak-kanak serta aksesori, termasuk baju mandi merah jambu, beg, dan kasut sniker. Koleksi untuk wanita dewasa pula memaparkan 85 produk.


Kaum Adam juga boleh mengikut trend dengan membeli sut merah jambu atau kasut koboi dan baju denim yang dipakai bintang filem itu, Ryan Gosling, sebagai teman lelaki Barbie, Ken.

Jenama kasut seperti H&M, Primark, Gap, Superga dan Crocs turut memanfaatkan trend tersebut dengan melancarkan koleksi Barbie.

Kedai serbaneka di Barat seperti Walmart turut menawarkan anak patung Barbie berbeza warna kulit dan reka gaya rambut bagi menarik peminat yang mengumpul anak patung itu.

Trend tersebut juga merangkumi hotel yang menyediakan bilik hotel bertemakan filem itu seperti di Hyatt dan Hilton di beberapa negara termasuk Bogota, Colombia dan Malaysia.

Jumlah produk yang ditawarkan mungkin kelihatan terlalu banyak – daripada kain alas kaki Barbie hingga ke berus gigi – namun ciri inklusif yang dipaparkan Mattel, rakan kongsi perniagaannya serta dalam filem itu sendiri mungkin dapat meneruskan tarikan sedia ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >