Topik diikuti
Pergi ke BHkuGuna permainan kad bagi lebih mudah kenal peribahasa
Guna permainan kad bagi lebih mudah kenal peribahasa
Guna permainan kad bagi lebih mudah kenal peribahasa
Dunia yang semakin tanpa sempadan telah mengubah landskap pembelajaran bahasa Melayu. Wujud kebimbangan penggunaan bahasa itu akan terhenti selepas pelajar melangkah keluar dari bilik darjah. Namun, bagi guru Bahasa Melayu, perjuangan dalam melestarikan dan memupuk minat terhadap bahasa dan budaya Melayu tetap diteruskan. Mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai cara dan strategi yang kreatif di dalam dan luar kelas agar murid bukan sahaja minat, malah mencintai bahasa itu. Berikut antara cabaran yang dihadapi guru Bahasa Ibunda sekarang yang dikongsi calon Anugerah Arif Budiman (Agab) tahun ini dalam wawancara bersama Berita Harian (BH).
MESKIPUN beliau sudah berkhidmat sebagai guru bahasa Melayu selama hanya tiga tahun, Cik Diana Mohamed Mazlan telah mencipta pelbagai kemudahan pengajaran kreatif untuk membantu muridnya menguasai bahasa Melayu.

