Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Dari sijil ITE ke diploma, kini genggam ijazah

Majlis Anugerah Hari Pekerja yang dikelolakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) 2022 yang diadakan di Fairmont Singapura minggu lepas mengiktiraf pemimpin kesatuan sekerja cemerlang. Mereka menerima anugerah atas sumbangan mereka dalam memajukan kepentingan pekerja, sekaligus menjadi pekerja mithali bukan saja di tempat mereka bekerja malah dalam kalangan masyarakat. BERITA MINGGU menemu ramah tiga penerima anugerah yang berkongsi tentang pencapaian mereka dan sumbangan mereka di kesatuan pekerja yang turut memberi kesan positif kepada rakan sekerja lain.
May 22, 2022 | 05:30 AM



PEKERJA CONTOH



USAHA itu tangga kejayaan dan prinsip inilah yang membuat Encik Rohaizad Abdul Rahman bekerja keras sehingga ke menara gading walaupun perjalanannya itu mengambil masa yang lebih panjang.



Walaupun begitu, berkat usaha dan kerja kerasnya tidak sia-sia apabila dia membuktikan dirinya sebagai seorang pekerja cemerlang dan diberikan pengiktirafan sebagai Pekerja Contoh di Anugerah Hari Pekerja yang dikelolakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Mengenai anugerah itu, Encik Rohaizad berkata dia berasa rendah hati dan gembira untuk menerimanya. "Saya bersyukur kerana usaha saya untuk meningkatkan kemahiran diri diiktiraf dan saya berharap agar dapat memberikan inspirasi kepada orang lain untuk menempuh pembelajaran sepanjang hayat."



Encik Rohaizad, 40 tahun, mula bekerja dengan Surbana Technologies sebagai Pembantu Teknikal pada tahun 2007. Dia berusaha keras untuk menjadi penganalisis sistem menjelang 2019, dan baru-baru ini telah dilantik semula sebagai Penganalisis Sistem Eksekutif pada 2021.



Sebelum menyertai syarikat itu, Encik Rohaizad mempunyai kelulusan dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dari ITE tempatan dalam pada 2006. Semasa bekerja, dia melanjutkan pelajaran sambilan diploma dalam Kejuruteraan Elektrik dan Kawalan Komputer di Politeknik Singapura (PS) dan menamatkan pengajian pada 2009.



Beberapa tahun selepas itu, dia menyambung pelajaran dan meraih Ijazah dalam Teknologi Maklumat dengan Universiti Northumbria di Newcastle, menamatkan kursus pada 2018.



Sewaktu dalam bekerja pula, Encik Rohaizad telah menghadiri lebih 20 kursus untuk mempertingkatkan kemahiran diri. Dia juga merupakan penyokong gigih jawatankuasa latihan di tempat kerja dan dinobatkan sebagai dutanya untuk mempromosikan inisiatif itu. Selain itu, Encik Rohaizad dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai jawatankuasa kerja pensijilan semula ISO 9001, 14001, 45001 di Surbana Technologies.



Pada lewat 2018, dia telah diundang oleh bendahari cawangannya, mendiang Chai See Huen, untuk berkhidmat dalam kesatuan pekerja. Dengan rela hati, Encik Rohaizad bersetuju kerana dapat melihat faedah kesatuan itu semasa penstrukturan semula berikutan penggabungan Surbana dan Jurong International.



"Mendiang See Huen mendorong saya untuk menyertai kesatuan sebagai Pegawai Cawangan. Dia telah memberi motivasi kepada saya untuk berkhidmat dengan kesatuan dan menjaga kebajikan ahlinya", ujar Encik Rohaizad.



Encik Rohaizad ingin menujukan anugerah Pekerja Contoh yang diperolehinya kepada Pegawai Cawangan, IRO, rakan sekerja dan pihak pengurusan Surbana Jurong yang banyak menyokongnya. "Akhir sekali, kepada isteri saya yang banyak menyokong kerja kesatuan saya dan perjalanan selama ini", katanya lagi.




"Saya bersyukur kerana usaha saya untuk meningkatkan kemahiran diri diiktiraf dan saya berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk menempuh pembelajaran sepanjang hayat."
- Encik Rohaizad Abdul Rahman.




RAKAN SEPERJUANGAN



Kebajikan dan faedah pekerja menjadi keutamaan 



KETIKA syarikat dan tenaga kerja menghadapi iklim ekonomi yang mencabar, penerima anugerah tahun ini telah dicalonkan atas usaha cemerlang dan semangat juang mereka dalam menyumbang ke arah Pergerakan Pekerja.



Antara individu yang diiktiraf oleh kesatuan pekerja ialah Encik Mohamed Yusoff Adenan, 52 tahun, yang turut menerima anugerah 'Comrade of Labour' atau 'Rakan Seperjuangan' atas sumbangannya sebagai Naib Presiden dalam bahagian Makan, Minum dan Kesatuan Pekerja Bersekutu (FDAWU).



Encik Mohamed Yusoff yang sudah 22 tahun berkhidmat dengan SIS'88 percaya bahawa setiap pekerja harus terus meningkatkan kemahiran dan melatih diri mereka untuk kekal relevan dalam persekitaran yang cepat berubah.



Dia secara aktif menggalakkan pemimpin kesatuan dan pekerja lain dalam syarikat itu untuk mengambil pensijilan tambahan untuk meraih pelbagai kemahiran.



"Saya teringat pada 2002, sewaktu ekonomi tidak menentu, ramai rakan kerja diberhentikan dan waktu itu saya hanya seorang juruteknik dan baru menyertai Kesatuan FDAW. Mengimbas kembali, saya sedar pekerjaan saya boleh diambilalih oleh orang lain, dari situ, saya memperkasakan diri saya dengan ilmu supaya kekal relevan di tempat kerja", tambahnya.



"Sekitar 5-6 tahun lalu, saya dipelawa oleh pengurus umum untuk menukar aliran pekerjaaan kerana melihat potensi saya dalam bidang keselamatan kerana penglibatan langsung saya dengan para pekerja. Pada mulanya, saya tidak berapa yakin untuk menukar jawatan tapi setelah diberi kepercayaan itu, dan meningkatkan diri dalam kemahiran yang sama, saya dapati ia tidaklah sesukar yang saya sangkakan," ulas Encik Mohamed Yusof.



Sebagai pemimpin kesatuan yang berfikiran maju ke hadapan, dia sering memikirkan cara inovatif untuk mendekati ahli kesatuan terutamanya semasa wabak Covid-19. Usaha Encik Mohamed Yusoff membantu rakan sekerja terutama mereka yang bukan warganegara Singapura untuk mendapatkan bantuan, disokong oleh pihak persatuan dan para majikannya.



"Di tempat kerja kami, terdapat ramai pekerja dari Malaysia yang terkandas di sini akibat sekatan pemutus litar yang melanda kita semua, dan mereka tidak dapat pulang setiap hari seperti yang biasa mereka lakukan sebelum pandemik bermula", terang Encik Mohamed Yusoff mengenai masalah yang dihadapi oleh pekerja dari seberang. "Jadi kami membantu mereka mencari cara untuk terus bekerja dan mengadakan tempat tinggal sementara waktu", jelasnya lagi.



Bapa dua orang anak itu juga memperjuangkan kenaikan gaji yang adil dan mampan. Di cawangannya, SIS '88, pekerja boleh menantikan kenaikan gaji yang seiring dengan kos sara hidup, dan bonus berubah-ubah yang dikait secara adil kepada prestasi keseluruhan syarikat.



Selain itu, dalam perundingan Perjanjian Bersama yang lalu, Encik Mohamed Yusoff, dengan sokongan jawatankuasa cawangannya berjaya berunding untuk kenaikan gaji minimum dan maksimum. Ini memberi manfaat kepada seramai 75 pekerja. Dia juga membantu berunding untuk kenaikan syif dan elaun pengangkutan, yang memberi kesan positif kepada gaji kasar pekerja.



Untuk menyediakan rakan sekerja warga emas landasan yang lebih panjang untuk merancang persaraan mereka, Encik Mohamed Yusoff membantu merundingkan umur pekerjaan semula yang lebih tinggi iaitu 68 tahun sebelum perundangan (legislation).



Di dalam kesibukannya, Encik Mohamed Yusof mengaku bahawa pada mulanya, isterinya kurang memahami pekerjaan atau penglibatannya. "Setelah dia melihat saya terima pingat Pengiktirafan Pegawai Cawangan NTUC buat pertama kali dulu, dia pun mula faham," katanya dengan nada riang.



Apabila ditanya tentang siapa yang memberikannya semangat dan motivasi, Encik Mohamed Yusof dengan tidak teragak-agak untuk mengatakan, bapanyalah yang mengasuhnya agar selalu membantu orang lain.



"Bapa saya dulu seorang warden penjara, dan dia sering berdampingan dengan orang yang tersepit atau susah, dari situlah dia selalu mengingatkan saya untuk menolong mereka yang lebih susah. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima, itu katanya pada saya," imbas Encik Mohamed Yusof tentang orang yang paling memberinya kesan itu.




"Sekitar 5-6 tahun lalu, saya dipelawa pengurus besar menukar pekerjaaan kerana melihat potensi saya dalam bidang keselamatan kerana penglibatan langsung saya dengan para pekerja.




Pada mulanya, saya tidak berapa yakin menukar jawatan tapi setelah diberi kepercayaan itu, dan meningkatkan diri dalam kemahiran yang sama, saya dapati tidaklah sesukar yang saya sangkakan.''
- Encik Mohamed Yusoff Adenan.




RAKAN KONGSI PERGERAKAN PEKERJA



Gunakan kemahiran, pengalaman bantu golongan muda



'MELAKUKAN perkara yang benar dan bukan melakukan perkara yang mudah semata', inilah ayat pemangkin semangat bagi penerima Anugerah Rakan Kongsi Pergerakan Pekerja oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) di Majlis Penganugerahan Hari Pekerja Singapura, Encik Azri Zulfarhan Kamsin.



Encik Azri Zulfarhan, 35 tahun, merupakan ahli Kesatuan Kakitangan Pelatih ITE dan seorang yang berdedikasi dan sentiasa sedia membantu mereka yang memerlukan bantuan. Beliau adalah pensyarah di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat.



Beliau dan 18 lagi individu yang lain menerima anugerah yang sama. Anugerah bagi kategori ini diberikan kepada persatuan dan rakan kongsi dalam rangkaian pergerakan pekerja yang telah membuat sumbangan signifikan melalui kerjasama, projek atau inisiatif yang telah memberikan impak pada negara.



Apabila ditanya bapa enam orang anak ini tentang peri pentingnya bagi beliau menjadi wakil suara anak-anak muda, beliau berkata, "Kita pernah muda, dan kita tahu bagaimana mencari pekerjaan pertama, tahu garis ukur gaji pertama kita bahkan ramai (orang muda) yang tak tahu gunakan hak mereka dengan hari cuti yang diberi majikan. Jadi saya tak nak lihat majikan ambil kesempatan terhadap anak-anak muda."



Apabila Berita Harian (BH) bertanya tentang contoh apabila khidmat beliau dikehendaki, beliau bercerita: "Seorang ibu tunggal tiga orang anak meminta saya nasihat kerana beliau mahu kembali bekerja kerana beliau dah lapan tahun tidak bekerja dan beliau mempunyai pengalaman dalam bidang IT.



"Industri ini yang kita tahu sentiasa pesat berkembang, jadi saya bantu beliau dengan menghubungkan beliau pada pihak yang relevan untuk meningkatkan kemahiran beliau semula dan tambah pengetahuan yang baru untuk berada di kedudukan yang sama apabila beliau mula bekerja.



"Saya juga pernah didatangi seorang pemuda yang tak tahu bagaimana nak gunakan hari cutinya, serta hari cuti sakit untuk anak. Dalam masa yang sama, majikan mengambil kesempatan dengan tidak memberitahu beliau tentang cara-caranya. Jadi saya memberitahu dan mengajar beliau bagaimana dan hak beliau sebagai seorang pekerja," tambah Encik Azri.



"Saya berterima kasih pada keluarga dan isteri saya khususnya, sebab isteri saya juga seorang wanita yang bekerja, saya tahu tak mudah untuk beliau memikul tanggungjawab beliau, dalam masa yang sama beliau perlu membantu saya," tambah Encik Azri.




"Kita pernah muda, dan kita tahu bagaimana mencari pekerjaan pertama, tahu garis ukur gaji pertama kita bahkan ramai (orang muda) yang tak tahu gunakan hak mereka dengan hari cuti yang diberi majikan. Jadi saya tak nak lihat majikan ambil kesempatan terhadap anak-anak muda."
- Encik Azri Zulfarhan Kamsin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >