Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Guru muzik pimpin delegasi belia S’pura ke sidang puncak Y20

Meskipun sibuk dengan kerja seharian dan urusan keluarga, tiga wanita muda ini, yang berumur antara 28 dengan 35 tahun, tidak pernah lelah melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ketiga-tiga belia ini – Cik Nabillah Jalal, Cik Attiya Ashraf Ali dan Cik Far’ain Jaafar berani ke depan, menyumbangkan idea dan tenaga untuk mewakili Singapura dalam beberapa persidangan antarabangsa.
Sep 18, 2023 | 5:30 AM
WANITA MUDA MELAYU: Cik Nabillah Jalal, Cik Attiya Ashraf Ali dan Cik Far’ain Jaafar, kerap meluangkan masa bagi kegiatan kemasyarakatan anjuran Yayasan Mendaki bagi menyokong dan memperkasa belia.
WANITA MUDA MELAYU: Cik Nabillah Jalal, Cik Attiya Ashraf Ali dan Cik Far’ain Jaafar, kerap meluangkan masa bagi kegiatan kemasyarakatan anjuran Yayasan Mendaki bagi menyokong dan memperkasa belia. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Baru-baru ini, Cik Nabillah Jalal, 30 tahun, seorang guru muzik dan pengasas NJ Studio, telah dipilih oleh Majlis Belia Kebangsaan (NYC) untuk memimpin sebuah delegasi belia Singapura seramai enam orang untuk ke India bagi membincangkan tentang dasar dan membuat persiapan bagi sidang puncak Youth 20 (Y20).

Beliau yang baru mendirikan rumah tangga pada 2020, juga sibuk setiap hari, menguruskan kelas-kelas muziknya di samping melibatkan diri dalam kerja-kerja kemasyarakatan lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg