Premium
Harapan damai, menyantuni dua negara berdaulat
Jun 1, 2021 | 5:30 AM
CITRA KEDAMAIAN: Keadaan yang dirakamkan pada 21 Mei lalu menunjukkan Tembok Ratapan di Baitulmakdis (kanan) yang merupakan tapak suci kaum Yahudi dan Kubah As-Sakhrah (kubah emas) dan Masjid Al-Aqsa bersebelahannya yang terlindung, menyaksikan konflik berdarah antara rakyat Palestin dan pemerintah Israel selama 11 hari antara 10 hingga 21 Mei lalu. - Foto AFP -
SEBAHAGIAN besar rakyat Palestin mengharapkan pembentukan dua negara - Palestin dan Israel - kerana itu adalah satu-satunya huraian realistik yang boleh memastikan kedamaian jangka panjang bagi manfaat penduduk Arab dan Yahudi di situ.
Lebih penting lagi bagi mereka, pencabulan ke atas wilayah Palestin sejak 1948 yang masih diduduki Israel dapat dihentikan.

