Premium
Harapan rakyat M'sia terhadap kerajaan baru bagi 2023
Rakyat harap jemaah menteri Kerajaan Perpaduan dapat bawa M'sia keluar daripada masalah ekonomi
Jan 2, 2023 | 5:30 AM
KESTABILAN POLITIK: Selepas menunggu 24 tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, sekali gus melakar sejarah yang mewarnai Malaysia pada 2022. - Foto AFP -
TAHUN 2023 bakal menjelma beberapa hari lagi, harapan 32 juta rakyat Malaysia supaya ekonomi dapat dipulihkan seiring dengan kestabilan politik yang semakin nampak sinaran cahayanya.
Bagi rakyat Malaysia, tahun 2022 penuh dengan peristiwa sedih apabila ramai yang kehilangan keluarga, pekerjaan dan terpaksa gulung tikar perniagaan kesan daripada pandemik Covid-19.

