Premium
Harga lumayan...rumah teres HDB jadi tarikan
Jul 18, 2021 | 5:30 AM
MENJADI TARIKAN: Rumah teres tiga-bilik HDB di Jalan Bahagia dan Jalan Ma'mor. Rumah teres HDB baru-baru ini menjadi daya tarikan ramai pembeli di pasaran hartanah setelah satu penjualan unit serupa di Whampoa mencecah lebih $1.2 juta. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -
RUMAH yang lebih luas dan unik, adalahsatu aset pelaburan yang bakal memulangkan keuntungan besar dan ada potensi diganti rumah baru pada masa depan merupakan antara faktor rumah teres HDB menjadi tarikan ramai pembeli hartanah baru-baru ini.
Malah, satu penjualan yang mencecah lebih $1.2 juta di Whampoa juga menyumbang kepada tarikan itu, terutama bagi pembeli yang ingin beralih daripada perumahan privet ke perumahan awam atau pembeli yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.


