Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Harga makanan kantin madrasah turut terjejas

Jul 18, 2022 | 05:30 AM



MESKI ada madrasah yang tidak akan membuat sebarang perubahan kepada harga makanan di kantin sekolah, ada madrasah di sini yang berkata seperti kebanyakan penjual lain, perubahan sedemikian tidak dapat dielakkan sedang bahan makanan meningkat bukan sahaja di sini malah di peringkat global.



Ketika dihubungi Berita Harian, Naib Pengetua Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI), Cik Aisha Abdul Manaf berkata sejauh ini tiada perubahan kepada harga makanan di kantin sekolah untuk kedua-dua pelajar dan kakitangan sekolah.



"Pengendali kantin di madrasah telah menandatangani kontrak dan salah satu kriteria ialah memastikan makanan yang dijual pada harga yang dimampui.



"Harganya telah disarankan pihak penjual dan pihak sekolah meluluskannya.



"Sejauh ini, tiada aduan daripada pelajar bahawa harga makanan mahal," katanya



Madrasah itu yang hanya mempunyai dua gerai untuk sekitar 300 pelajar dan sekitar 50 kakitangan menjual pelbagai jenis makanan termasuk makanan Melayu dan Barat.



Bagi pelajar, satu set nasi lemak berserta ayam dan telur berharga $2.50, ayam katsu pada harga $1.30 dan paha ayam berharga 80 sen.



Cik Aisha juga berkata bagi membantu pelajar yang memerlukan, madrasah itu telah menyertai Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times.



Dalam pada itu, di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, berkata penjual di kantinnya terpaksa menaikkan harga tetapi hanya bagi menu tertentu.



Menurut Pengurus Kanan madrasah itu, Ustaz Mohamad Zakir Isahak berkata pihaknya akur tentang kenaikan harga barangan tetapi pada masa yang sama tidak mahu kenaikan pada harga makanan yang dijual di kantin sekolah tidak begitu mahal.



"Kami sudah memberi panduan yang jelas agar kenaikan tidak keterlaluan dan saiz makanan tidak berkurangan, dan bersesuaian dengan harga," ujarnya.



Setiap harga set menu tidak melebihi $3 berbanding $2.50 sebelum ini.



Inflasi utama di Singapura mencapai paras tertinggi dalam masa 13 tahun pada Mei tahun ini, meningkat kepada 3.6 peratus, yang tertinggi sejak Disember 2008 apabila ia mencapai 4.2 peratus.



Inflasi tinggi telah mendorong Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong untuk menyatakan pada 4 Julai lalu bahawa pemerintah akan melakukan lebih banyak untuk membantu mengurangkan kesan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan yang dijadual pada Januari tahun depan, jika keadaan ekonomi semakin buruk secara ketara. - LAPORAN TAMBAHAN ARNIE YAZREENA YAZID




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >