Premium
Nadia: Minta bantuan bukan perkara mengaibkan
Konsultan yang bersemangat sukarelawan turut prihatin pada wanita
Jun 6, 2021 | 5:30 AM
WABAK Sindrom Pernafasan Akut Teruk (Sars) yang melanda Singapura sekitar 2003 telah menjejas kehidupan ramai, dan keluarga Cik Nadia Ahmad Samdin tidak terkecuali.
Bapanya yang bekerja lebih 30 tahun dalam sektor penerbangan, diberhentikan kerja semasa beliau berusia 13 tahun dan keluarganya hilang sumber pendapatan utama.

