Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

rencana

Hasilkan coklat dengan lebih beretika

Penghasil coklat terbesar dunia, Barry Callebaut, terap kemampanan dalam pengeluaran koko
Jun 26, 2023 | 05:30 AM



ABIDJAN (Ivory Coast): Pengeluar koko – bahan utama dalam coklat – terkemuka dunia sedang dalam misi untuk ‘menjamu’ selera pencinta coklat di Singapura dan dunia tanpa mengeksploitasi hutan dan petani.


Syarikat Barry Callebaut yang berpangkalan di Switzerland, juga penghasil coklat terbesar dunia, dianggarkan menghasilkan sekitar satu perlima biji koko syarikat tersebut.

Sejak kebelakangan ini, syarikat tersebut menumpukan perhatian dalam menerapkan kemampanan dalam rantaian bekalan kokonya di Ivory Coast, Afrika Barat.

Ia mempunyai loji di ibu kota Ivory Coast, Abidjan, yang menyediakan koko yang diubah menjadi produk coklat Barry Callebaut, menurut laporan The Straits Times (ST).


Syarikat gergasi koko Switzerland itu beroperasi dari 45 negara, dengan lebih 13,000 pekerja seluruh dunia dan menghasilkan lebih 8.1 bilion Swiss francs ($12.1 bilion) setiap tahun.

‘Selera’ coklat di Asia telah meningkat berbanding sedekad lalu, dengan perniagaan koko mencerna 904,094 tan koko pada 2022, berbanding 606,622 tan pada 2012, menurut Persatuan Koko Asia.

Namun, kumpulan tidak meraih keuntungan itu telah menimbulkan keprihatinan mengenai kesan penghasilan tersebut ke atas masyarakat miskin termasuk Ghana dan Ivory Coast, yang menanam bahan popular tersebut di hutan-hutan yang ditebang bagi penghasilan koko.

Ivory Coast kehilangan lebih 85 peratus hutannya sejak 1960, kebanyakannya disebabkan penanaman koko dan hanya 2.97 juta hektar hutannya – yang juga 8.9 peratus tanah negara itu sahaja yang tinggal kini.

Mei lalu, Barry Callebaut telah menyemak dan menangguhkan beberapa sasarannya untuk menghasilkan coklat secara mampan menjelang 2025, kerana berasa lebih banyak masa diperlukan – hingga 2030 – bagi perubahan sistemik.

Timbalan presiden bagi kemampanan dan pertanian di Barry Callebaut, Encik Nicolas Mounard, memberitahu media pada 27 April bahawa syarikat tersebut memerlukan tempoh lebih lima tahun untuk memastikan semua bahannya diperolehi daripada sumber mampan.

Ini bermaksud sumber yang tidak menyumbang kepada penebangan hutan dan yang mempunyai produk yang boleh dijejaki kepada ladang ia dihasilkan.

Bahan mampan dijangka membentuk lebih 75 peratus pengeluaran coklat menjelang 2025, kata Encik Mounard.

Tambahnya, syarikat tersebut kini bekerjasama dengan Kesatuan Eropah bagi memenuhi sasaran undang-undang antipenebangan pokok yang diluluskan April lalu.

Di bawah undang-undang tersebut, produk tersenarai – termasuk koko, tidak boleh dijual jika ia datang daripada ladang pokok ditebang atau telah menyumbang kepada kemerosotan hutan selepas 31 Disember 2020.

Ini selaras dengan usaha Barry Callebaut untuk menjejak rantaian bekalannya secara menyeluruh dan memastikan koko boleh dijejak ke loji ia dihasilkan.

Usaha lain tertumpu kepada usaha mempertingkat kehidupan dan pendapatan petani.

Ia termasuk melalui penghasilan lebih tinggi sejajar dengan jangkaan Barry Callebaut mencapai sasaran awalnya bagi meningkatkan pendapatan lebih 500,000 petani koko miskin menjelang 2025.

Petani Encik Noel N’Dri Yao, 53 tahun, yang memiliki loji di Tiassale, berkata sokongan Barry Callebaut telah membantunya menghasilkan 420 kilogram koko apabila tiba masa untuk menuai.

Tiga tahun lalu sebelum beliau bekerjasama dengan salah satu syarikat yang berkait dengan Barry Callebaut, beliau menghasilkan sekitar 300 kilogram biji koko.

Beliau meraih pendapatan melalui ladang koko, seperti lebih suku penduduk di Ivory Coast, menurut data yang dikumpul Majlis Kopi-Koko.

Sebagai anggota kesatuan sekerja yang berkait dengan Barry Callebaut itu, Encik N’Dri Yao menerima racun serangga, baja bersubsidi dan bantuan daripada kumpulan buruh yang diambil bekerja oleh pembuat coklat tersebut untuk mencantas sebahagian pokoknya.

Encik N’Dri Yao, bapa sembilan anak berkata: “Kawalan daripada haiwan perosak semakin mudah selepas pemeriksaan oleh pasukan buruh bagi membantu mencari haiwan pemusnah.”

Di bawah daya usaha perhutanan tani atau ‘agroforestry’ oleh Barry Callebaut, beliau dibayar 50 euro ($73) jika 70 tanaman koko bertahan lebih enam bulan.

Perhutanan tani merujuk kepada sistem pertanian yang menggabungkan tanaman perhutanan dengan tanaman pertanian serta pengeluaran ternakan dalam satu unit pengurusan.

Ia sekali gus dapat meningkatkan bekalan makanan, pendapatan, meraih manfaat ekologi termasuk penyahkarbonan.

Namun, pengarah eksekutif kumpulan tidak meraih keuntungan IDEF di Ivory Coast, Encik Bakary Traore, berkata pengeluar biasanya tidak menjejak tumbuhan pokok untuk tempoh yang mencukupi.

Pokok biasanya memerlukan lebih tiga tahun sebelum ia boleh dibiar sendiri.

Petani juga menghadapi ancaman pembalakan secara terlarang, yang tidak menggalakkan mereka menanam lebih banyak pokok, tambahnya.

Bagi Encik Traore, pengeluaran coklat hanya boleh menjadi mempan jika pengilang dan pemerintah Ivory Coast menumpukan perhatian kepada peningkatan mutu koko dan bukan jumlahnya.

Ini boleh dilakukan dengan menggalakkan amalan perhutanan tani dan mengurangkan penggunaan racun perosak dan baja, yang menjejas persekitaran dan juga orang ramai.

Pengeluaran koko yang lebih kecil namun bermutu tinggi akan membantu meningkatkan harga, katanya.

Tambah Encik Traore: “Sikap orang ramai perlu diubah. Mereka perlu menerima bahawa mereka tidak boleh membeli coklat terlalu murah, kerana ia produk mewah.”

Namun, menurut pensyarah bidang ekonomi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Penolong Profesor Chua Yeow Hwee, harga menjadi keprihatinan utama bagi warga Singapura dalam membeli barangan runcit.

Ini terutama sekali dalam persekitaran inflasi, katanya selain kurangnya perhatian terhadap coklat yang dihasilkan secara lebih mampan di sini.

Kata Profesor Chua: “Kita perlu menyediakan maklumat yang lebih mudah diperolehi dan menarik perhatian pembeli. Salah satu caranya adalah dengan memberi setiap individu kad penskoran karbon, di mana kita mengaitkan individu kepada jejak karbonnya.

“Ini boleh membuat lebih ramai orang memberi perhatian kepada produk yang lebih mampan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >