Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

ANALISIS BERITA

Hubungan damai Saudi-Iran janjikan rantau Teluk lebih stabil

Mar 19, 2023 | 05:30 AM



RANTAU Teluk bakal menyaksikan masa depan yang lebih baik, mengekalkan kepentingan strategik ekonomi dan politik di Timur Tengah dan sekali gus mewujudkan iklim politik global yang lebih selesa.



Demikian harapan yang disuarakan oleh kuasa-kuasa besar dunia - Amerika Syarikat, Britain, Russia, China dan Perancis.



Malah, lebih tinggi lagi harapan yang diletakkan oleh negara rantau Teluk, apabila dua kuasa penting jiran mereka, mencapai persetujuan memulihkan hubungan diplomatik yang tergantung buat beberapa tahun dan sekali gus akan dapat meredakan ketegangan antara kedua-dua negara, sejak berpuluh tahun lalu.



China telah memainkan peranan bersejarah di Timur Tengah, apabila ia berhasil menjadi pengantara bagi persetujuan damai antara Arab Saudi dengan Iran.



Riyadh dan Teheran, pada Jumaat 10 Mac 2023, mencapai kata sepakat, termasuk persetujuan memulihkan hubungan diplomatik dan membuka semula kedutaan masing-masing, di kedua-dua negara, dalam masa dua bulan.



Penganalisis politik menyifatkan perkembangan terbaru ini mencerminkan dinamika positif terhadap semua krisis di rantau Teluk.



Antara yang paling ketara adalah berkaitan konflik di Yaman. Teheran dapat membantu mewujudkan kedamaian di negara jiran Teluk itu, dengan mengenakan tekanan ke atas kumpulan-kumpulan militia bagi menamatkan konflik di Yaman.



Gencatan senjata tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2022, bertahan hanya enam bulan, apabila Houthi enggan mematuhi ketetapan gencatan senjata itu.



Kini, Teheran bersetuju untuk menghentikan pengiriman senjata kepada sekutu Houthinya di Taman dan ini menjadi antara syarat dalam persetujuan damai yang dicapai bagi pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi.



Biar apa pun, Teheran secara terbuka menafikan dakwaan ia memberi bantuan persenjataan kepada Houthi.



Namun, penyiasat PBB berulang kali menjejak pengiriman senjata itu dan memaksa dipulangkan ke Teheran.



Ketegangan memang sudah lama mewarnai hubungan antara Teheran dan Riyadh, dua kuasa utama di rantau Teluk.



Namun, seperti yang dikatakan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman:



"Mereka ini adalah jiran buat selama-lamanya. Kita tidak boleh menyingkirkan (Iran), dan mereka juga tidak boleh menyingkirkan (Arab Saudi).



"Maka lebih baik kita melakukan sesuatu dan mencari kaedah bagaimana kita boleh wujud bersama."



Kedua-dua negara itu, saling menyuarakan penghargaan terhadap Iraq dan Oman, yang telah menjadi tuan rumah bagi beberapa pusingan rundingan dan dialog antara 2021 dan 2022.



Juga, kepada para pemimpin China dan pemerintah Beijing, yang telah menaja, menyokong dan menyumbang ke arah menjayakan rundingan damai ini, menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Jumaat 10 Mac lalu.



Pada 2016, Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran.



Seorang penganalisis Syria menyifatkan pemulihan hubungan Saudi-Iran itu adalah kritikal demi menstabilkan rantau Teluk.



Maka kerana itulah, peranan China dalam mendamaikan kedua-dua negara berjiran itu, dilihat sebagai "bersejarah".



"Kita bercakap tentang kehadiran China yang efektif, buat pertama kalinya dalam sejarah rantau ini dan selaku penaung bagi suatu persefahaman, atau pengasingan permusuhan dua buah negara yang strategik di rantau ini," kata Encik Osama Danura, penganalisis politik yang berpangkalan di Syria.



Encik Danura berkata China berupaya menghasilkan pencapaian yang signifikan kerana mempunyai perhubungan yang seimbang dengan kedua-dua negara yang bertelagah itu.



Arab Saudi amat penting bagi menjamin keselamatan dan kestabilan serta meredakan ketegangan di rantau Teluk.



Kementerian Luar Syria, dalam satu kenyataannya pada Sabtu 11 Mac 2023, menyuarakan penghargaan atas peranan China selaku pengantara bagai mendamaikan Arab Saudi dan Iran itu.



Dalam pada itu, sedang perkembangan terbaru di rantau Teluk itu mendapat perhatian dan sambutan yang menggalakkan, dunia tidak terlepas untuk mengetahui apakah reaksi Israel terhadapnya.



Ketua Editor Arab News, Encik Faisal J. Abbas, menulis dalam ruangan pendapat di akhbar itu dengan mengatakan:



"Persetujuan dengan Iran itu (andainya Teheran patuh), membawa hubungan Arab Saudi dengan Israel, dingin seketika.



"Kerana, antara syarat yang dibahaskan, turut menyentuh soal Palestin."



Bagaimanapun, kini dinamika baru di rantau Teluk menjanjikan banyak perubahan.



Hasilnya akan dapat kita saksikan dalam masa dua bulan lagi, apabila pemulihan diplomatik antara Arab Saudi dan Iran, menjadi rasmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >