Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEBAB UTAMA PILIH KERJA PENGHANTARAN

Ibu tunggal selesa... dapat bayaran, boleh luang masa dengan anak

Jan 10, 2022 | 05:30 AM



BANYAK kerjaya telah beliau ceburi sebelum ini, namun tiada yang menawarkan beliau fleksibiliti masa seperti pekerjaan sebagai pekerja penghantaran makanan.



Ini adalah antara faktor yang penting bagi Cik Nurul Ashikin Seman, seorang ibu tunggal yang juga merupakan pencari nafkah utama buat keluarganya.



Baginya, faktor ini membolehkannya keluar mencari rezeki di samping dapat meluangkan masa bersama anak lelakinya, Harith Ziqri, yang baru menjejak ke sekolah rendah tahun ini.



Menurut Cik Ashikin, meskipun penting untuk bekerja demi mencari sesuap nasi, dalam masa yang sama, beliau juga tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu tunggal dan sentiasa memastikan kebajikan anaknya itu terjaga.



"Sebelum ini saya memang cuba mencari pekerjaaan seperti di kedai runcit atau menjaga kedai, tetapi dari segi masa, ia seperti pekerjaan biasa yang lain.



"Dan pekerjaan ini juga kadang-kala memerlukan saya bekerja 'overtime' pada hari tertentu.



"Sukar untuk saya memberi komitmen sepenuhnya terhadap pekerjaan menjaga kedai atau kerja di kedai runcit ini kerana sebagai ibu yang mempunyai anak yang masih bersekolah, saya juga perlu bersedia sekiranya pihak sekolah memanggil dan sebagainya.



"Jadi, saya perlu pastikan saya menjadi seorang ibu sepenuh masa kepada anak saya dahulu sebelum perkara lain," kata beliau yang juga berpengalaman bekerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B), logistik dan perhotelan.



Jadual seharian Cik Ashikin, 31 tahun, bermula dengannya menghantar anak ke sekolah sebelum memulakan kerja. Beliau bekerja selama tiga hingga lima jam, bergantung kepada pesanan makanan yang beliau dapat, sebelum mengambil anaknya pulang dari sekolah.



Waktu malam dikhususkan untuk bersama anaknya itu.



Penglibatan Cik Ashikin dalam bidang penghantaran makanan ini bermula sekitar tiga tahun yang lalu pada 2019.



Ia merupakan pekerjaan yang perlu dilakukannya kerana keperluan yang mendesak.



Menurut beliau, selepas keluarganya ditimpa masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa memikul tanggungjawab sebagai pencari nafkah utama keluarga.



Beliau yang mesra dengan panggilan Ikin Man, berkata:



"Pada waktu itu, saya sudahpun mula mencari pekerjaan lain, namun tidak terlintas di fikiran untuk mencuba nasib sebagai pekerja penghantaran makanan.



"Namun sebagai pengguna kerap aplikasi seperti GrabFood dan FoodPanda, saya mula bermain dengan idea menjadi pekerja penghantaran makanan buat sementara waktu."



Bermula dengan menunggang alat mobiliti peribadi (PMD) (sebelum penggunaannya dilarang pemerintah), Cik Ashikin beralih kepada jentera dua roda yang lebih besar. Dalam masa kurang setahun, beliau berjaya memperolehi lesen motosikal, sekali gus memudahkan beliau melakukan tugasnya.



Mengongsi cabaran utama yang beliau hadapi sewaktu bertugas, Cik Ashikin berkata beliau perlu berwaspada dengan keadaan sekeliling dan mengambil langkah berjaga-jaga lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita.



"Saya telah memasang kamera litar di topi keledar saya. Ia digunakan bukan hanya untuk keselamatan sewaktu di jalan raya, tetapi juga ketika saya membuat penghantaran makanan ke rumah," katanya.



Meskipun akur bahawa pekerjaan ini tidak memberi perlindungan seperti pekerjaan lebih tetap termasuk sumbangan CPF dan insuran penjagaan kesihatan, Cik Ashikin berkata selagi ia mampu memberikan fleksibiliti, beliau akan terus melakukannya.



"Apa yang penting adalah saya mampu menyediakan keperluan keluarga di samping menjaga anak saya sepanjang beliau membesar ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >