Ikut jejak pak cik giat derma darah, bantu kendali 'blood drive' di masjid
Premium
Ikut jejak pak cik giat derma darah, bantu kendali 'blood drive' di masjid
Oct 16, 2022 | 5:30 AM
DERMA DARAH: Encik Luqman Hakim akan mendorong teman-temannya yang lain agar sama-sama menderma darah setiap kali timbul peluang. Beliau juga turut membantu dalam mengendalikan acara derma darah di masjid. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -
MELIHAT pak ciknya yang pada masa itu berusia dalam lingkungan 50 tahun masih bersemangat menderma darah pada setiap peluang yang ada membakar semangat Encik Luqman Hakim untuk turut sama menyumbang.
Pak ciknya - yang mula menderma sejak berusia 18 tahun - berjaya menderma darah sebanyak 126 kali sebelum diarah oleh doktor supaya berhenti apabila mencecah usia dalam lingkungan 60 tahun.

