'Industri penerbangan dijangka dapat pulih paras sebelum pandemik tahun depan'
Premium
'Industri penerbangan dijangka dapat pulih paras sebelum pandemik tahun depan'
May 15, 2022 | 5:30 AM
PEMULIHAN: Industri penerbangan sedang menuju ke arah pemulihan ke tahap sebelum pandemik pada 2023, tetapi rantau Asia-Pasifik terus ketinggalan disebabkan sekatan Covid-19 yang berterusan di pasaran penerbangan utama China. - Foto BM oleh LIM YAOHUI -
RIYADH: Ketua badan industri penerbangan terbesar dunia berkata pemulihan trafik penumpang semakin meningkat dan secara purata, industri itu boleh kembali kepada tahap sebelum pandemik pada tahun depan - setahun lebih awal daripada ramalan sebelumnya.
Pelonggaran berterusan sekatan berkaitan Covid-19 oleh pemerintah di seluruh dunia sedang memenuhi permintaan terpendam sejak dua tahun lalu apabila negara-negara menutup sempadan mereka.

