Menjelang 2030, satu dalam empat - atau 23.8 peratus warga Singapura - akan mencecah usia 65 tahun ke atas. Dengan masyarakat yang semakin menua, pendekatan pelbagai serampang diperlukan bagi memastikan warga emas dapat menjalani proses penuaan dengan baik seiring sokongan pemerintah dan juga masyarakat. BERITA MINGGU meninjau keperluan golongan warga emas ini, terutama mereka yang tinggal sendirian, dan bagaimana ia dapat dipenuhi dengan baik.
SUDAH AKRAB: Cik Zaleha (kanan) biasanya akan menghubungi relawan, Cik Maimunah Ibrahim, yang juga menetap di kawasan kejiranannya, jika memerlukan sebarang bantuan. -
INGIN BERDIKARI: Cik Zaleha A. Ghani berkata meskipun beliau cuba sedaya upaya untuk berdikari, sokongan tetap diperlukan terutama sekali apabila ingin ke klinik atau jika rumahnya mengalami masalah paip bocor atau sebagainya. - Foto-Foto BM oleh KHALID BABA -

SESIAPA yang melangkah ke dalam unit flatnya pasti tidak menafikan bahawa rumahnya sentiasa 'Raya ready', meskipun di luar bulan Ramadan atau Syawal.
Beberapa jambangan bunga di pasu yang digubahnya sendiri terhias indah di beberapa sudut unit flat studio Cik Zaleha A. Ghani di Taman Jurong.