Premium
'Inikah Singapuraku yang bersih dan menghijau?'
Sep 19, 2021 | 5:30 AM
SEBAK LIHAT PELBAGAI SAMPAH DI PANTAI KITA: Sempena Hari Membersih Sedunia, wartawan telah menyertai kumpulan inisiatif SG Beach Warriors untuk membersihkan sebahagian pantai di Pulau Coney baru-baru ini. - Foto BM oleh LIM YAOHUI -
KUNJUNGAN ke pantai sering saya kaitkan dengan masa bersantai, menenangkan fikiran sambil berjemur dan seronok berendam di dalam air bersama dengan keluarga atau rakan-rakan.
Namun, sepanjang ingatan saya, hati saya sering terganggu dengan sampah sarap yang bertaburan di sepanjang pantai kita.

