KEPERIBADIAN dan tingkah laku berbeza yang diamati melalui interaksi dengan kanak-kanak di bawah jagaannya menjadi pencetus minat untuk lebih memahami dorongan di sebalik tingkah laku tersebut.

Sebagai guru di salah sebuah pusat penjagaan kanak-kanak selama tempoh tiga tahun, Cik Suhailah Sohaimi banyak meluangkan masa dengan kanak-kanak dari pelbagai latar belakang, termasuk yang datang dari keluarga yang kurang bernasib baik, yang mengalami masalah pembelajaran dan juga yang mengalami masalah mental dan emosi.