Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Isu jati diri antara isu dalam novel baru buat belia

Dua novel ‘Antidot Usia’ dan ‘Arca di Muzium’ tulisan Farihan Bahron, disasar kepada pembaca berusia 15 hingga 35 tahun
Nov 13, 2023 | 05:30 AM



Dalam kehidupan, manusia kadangkala terpaksa bertopeng dan berpura-pura menjadi orang lain agar diri diterima ramai.

Walau bagaimanapun, seseorang tidak boleh tunduk kepada tekanan masyarakat dan harus selesa dengan diri mereka sendiri.

Itulah mesej utama yang ingin disampaikan oleh penulis, Encik Farihan Bahron, menerusi salah satu novel terkininya, Antidot Usia.


Novel belia itu mengisahkan tentang seorang pempengaruh sosial, Kamilla, yang berada dalam garis masa alternatif. Peristiwa dalam novel itu diilhamkan daripada Covid-19.

Kamilla menghadapi penyakit yang membuatnya cepat tua, mendorong beliau untuk mengembara demi mencari penawar kepada penyakit tersebut dan mendapatkan kecantikan semula jadinya.

“Mesej yang ingin diserlahkan dalam novel, Antidot Usia, ini beragam. Namun yang utama adalah – kita harus sentiasa selesa dengan sahsiah atau jati diri masing-masing.


“Kita tidak perlu berpura-pura menjadi seseorang yang bukan sejati hanya kerana mahu diterima umum,” kata beliau.

Dalam novelnya, terdapat konflik yang sangat relevan kepada generasi belia sekarang, iaitu keperibadian mereka yang mungkin bertentangan dengan jangkaan masyarakat serta tekanan yang dirasakan akibat jangkaan tersebut, tambah Encik Farihan.

Menurutnya, tema buku itu merangkumi isu-isu yang berlegar dalam dunia anak-anak muda yang mungkin masih belajar di institusi pengajian tinggi atau sedang melalui peringkat awal dalam pembentukan kerjaya masing-masing.

Sementara itu, karya kedua terbarunya berjudul, Arca di Muzium, juga selaras dengan tema tersebut.


Novel itu diilhamkan oleh pengalaman dan kenalan peribadi beliau semasa berumur dalam lingkungan 20-an tahun.

Karya tersebut menyentuh tentang isu sistem kecerdasan buatan (AI) yang dihadapi seorang pemuda, Adam, yang baru sahaja tamat menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan baru bekerja di Muzium Jenayah Singapura pada 2043.

“Gambaran yang ingin saya sampaikan hanya bersifat spekulatif kerana ia diilhamkan oleh peningkatan yang mendadak dalam bidang AI dewasa ini,” kata beliau.

Isu AI ini juga sangat relevan kepada kehidupan dunia nyata sekarang, tambahnya.

“Mesej yang ingin diketengahkan dalam novel ini berpusar dalam lingkaran moral: Bagaimanakah kita dapat menentukan kelakuan apa yang baik atau betul dan apa yang salah?” kata penulis berusia 44 tahun itu.

Encik Farihan berkata isu yang diketengahkan dalam novel tersebut sangat mendalam dan memerlukan pembaca untuk berfikiran kritikal.

Melalui novel ini, beliau ingin menggalakkan pembaca merenung dan berfikir tentang kompas moral manusia dan mengapa masih ada yang melakukan jenayah, serta sistem penilaian moral yang dianggapnya sangat objektif.

Beliau turut berharap generasi muda akan memilih untuk membaca bahan sastera Melayu bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan peperiksaan ataupun atas arahan guru, malah sebagai wadah untuk menikmati karya-karya penulis tempatan.

“Karya sastera, seperti apa jua hasil kesenian lain, ialah penanda aras sesuatu peradaban.

“Justeru dengan menyelami karya-karya sastera kita, dapatlah juga kita mengenal asal usul bangsa kita dan membentuk keperibadian masyarakat Melayu Singapura pada hari muka,” kata beliau yang menganggap menulis bukan hanya sebagai satu kerjaya, malah juga satu tanggungjawab.

Encik Farihan menasihati penulis muda agar gigih dalam merakam kejadian zaman mereka melalui karya-karya sastera dalam apa jua bentuk sekalipun.

Buku, Antidot Usia dan Arca di Muzium, yang disasarkan kepada belia berusia 15 hingga 35 tahun, boleh didapati di laman Unggun Creative, ungguncreative.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >