Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Isu keluarga, ilmu hitam dikupas dalam pementasan NTU

Jun 21, 2022 | 05:30 AM



AWALLAH Dondang, sebuah pementasan yang diadakan setiap dua tahun anjuran Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu NTU/NIE (Perbayu), berlangsung sekali lagi tahun ini.



Tahun ini, pementasan yang bertajuk Syurga Durjana itu menumpukan perhatian kepada isu kekeluargaan, dengki dan ilmu hitam.



"Kami akan terokai bagaimana sifat dengki dan cemburu dalam diri seseorang itu akan memakan diri sendiri dan menjejas pertalian keluarga, sebuah institusi penting dalam kehidupan," jelas Cik Nuryn Iman Mohamed Shafie, 20 tahun, pelajar tahun pertama jurusan sosiologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), selaku penulis skrip dan pengarah pementasan tersebut.



Ini merupakan kali pertama skrip bagi Awallah Dondang dihasilkan oleh pelajar-pelajar NTU sendiri.



Menurut Cik Nur Nadia Muhd Zulkifli, seorang lagi penulis skrip dan pengarah Syurga Durjana, isu yang diketengahkan kali ini berbeza daripada pementasan sebelum ini yang menceritakan tentang kecerdasan buatan (AI).



"Kami ingin tingkatkan kesedaran orang ramai bahawa masih ada orang yang menggunakan ilmu hitam atau sihir pada zaman moden ini demi kepentingan sendiri sehinggakan keluarga berpecah belah," jelas Cik Nadia, yang juga merupakan pelajar tahun pertama jurusan linguistik dan pengajian berbilang bahasa di NTU.



"Mungkin ada yang tidak percaya pada ilmu begini dan menganggapnya sesuatu yang hanya berlaku pada zaman dahulu. Namun, masalah ini masih relevan dan sebenarnya masih ada orang yang menjadi mangsa kepada perbuatan atau amalan ini," tambah Cik Nuryn.



Bagi Cik Nuryn dan Cik Nadia, inspirasi untuk skrip ini datang daripada pengalaman sendiri.



Perkongsian pengalaman orang lain di wadah-wadah seperti podcast 'Berhantu' oleh Lepak One Korner dan siri video 'Puaka' di YouTube oleh SUSU TVC membantu mereka memahami tema ini dengan lebih baik.



Syurga Durjana yang berunsurkan 'thriller', merupakan pementasan fizikal setelah pementasan digital dua tahun lepas.



Menurut Cik Hanis Wirdanniy, penerbit pementasan ini, persiapan untuk Syurga Durjana bukanlah mudah kerana pada Disember lepas, mereka masih fikirkan sama ada mahu adakan pementasan teater itu secara digital sekali lagi ataupun fizikal.



Hanya pada bulan April, mereka mendapat kepastian bahawa Gateway Theatre menawarkan kesemua tempat duduknya dengan pelonggaran langkah-langkah keselamatan.



"Saya berharap bahawa para penonton akan ghairah seperti kami kerana setelah sekian lama, kini kita mampu berkumpul sekali lagi untuk menikmati seni pementasan bersama sahabat handai," ujar Cik Hanis, pelajar tahun ketiga kejuruteraan mekanikal NTU.



Pementasan kali ini melibatkan 21 pelajar NTU dan 3 pelakon luar.



Setiap pementasan Awallah Dondang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menyediakan sebuah wadah bagi mempromosikan bahasa dan budaya Melayu dengan santai.



Encik I'zzul Amirullah, penasihat Awallah Dondang dan ketua Perbayu, berkongsi harapan untuk golongan peminat teater terus berkembang.



"Dengan lebih ramai yang berpaling kepada hiburan secara langsung atau 'live', saya berharap lebih ramai orang akan menghargai seni teater dan memperjuangkannya," ujar Encik I'zzul.



Penonton boleh menantikan sebuah pementasan yang menarik dengan adanya interaksi semasa pementasan bersama para pelakon.




"Mungkin ada yang tidak percaya pada ilmu begini dan menganggapnya sesuatu yang hanya berlaku pada zaman dahulu. Namun, masalah ini masih relevan dan sebenarnya masih ada orang yang menjadi mangsa kepada perbuatan atau amalan ini."
- Cik Nuryn Iman Mohamed Shafie, pelajar tahun pertama sosiologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), selaku penulis skrip dan pengarah pementasan 'Syurga Durjana'.




BUTIR PEMENTASAN



PEMENTASAN 'BINTANG NORMAN'



TEMPAT:



Gateway Theatre Black Box (3615 Jalan Bukit Merah)



TARIKH:



25 Jun (8 malam) &



26 Jun (3 petang, 8 malam)



HARGA TIKET:



$18



Maklumat lanjut boleh didapatkan di https://bit.ly/PBTicketSales



*Sari kata Inggeris turut disediakan



PEMENTASAN 'SYURGA DURJANA'



TEMPAT:



Gateway Theatre Black Box (3615 Jalan Bukit Merah)



TARIKH:



2 Julai & 3 Julai



(8 malam)



HARGA TIKET:



$15



Maklumat lanjut boleh didapatkan di https://tinyurl.com/SyurgaDurjanaAD2022



RATING: PG13




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >