Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

ANUGERAH JAUHARI BERITA HARIAN

Jauhari Harapan mangkin semangat Ikhsan buru impian

Beliau pemain setempat pertama jaring 10 gol dalam liga Eropah, sejak bapanya, Fandi Ahmad, hampir empat dekad lalu
Nov 19, 2020 | 05:30 AM



TIADA apa yang mustahil.



Peluang beraksi di liga Eropah merupakan impian ramai pemain bola sepak profesional di rantau ini, namun hanya segelintir sahaja yang berjaya merealisasikannya.



Apabila tawaran kontrak menyertai kelab Raufoss IL dalam Liga Divisyen Satu Norway terbuka tahun lalu, penyerang negara Ikhsan Fandi merebut peluang mengembangkan sayapnya ke luar negara.



Malah, Ikhsan, yang mendapat gelaran 'Singapore Airlines' oleh rakan sepasukan dan jurulatih di sana, tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk terus "terbang tinggi" dan mengharumkan nama negara.



Baru-baru ini, Ikhsan, yang telah berpindah ke satu lagi kelab Norway FK Jerv Oktober lalu, menjaringkan gol ke-10 di Eropah.



Beliau kini hanya satu gol di belakang bapanya, legenda bola sepak Fandi Ahmad, ketika menyarung jersi kelab Belanda FC Groningen selama dua tahun pada 1983.



Mengiktiraf pencapaian dan potensi pemain muda ini, Anugerah Jauhari Harapan Berita Harian 2020 dianugerahkan kepada Ikhsan dalam majlis penyampaian anugerah di Auditorium Singapore Press Holdings semalam.



Anugerah Jauhari Harapan disampaikan kepada individu berusia 30 tahun atau ke bawah yang telah mempamerkan pencapaian dan potensi dalam bidang tersendiri.



Antara penerima anugerah itu sebelum ini ialah petinju profesional, Muhammad Ridhwan 'The Chosen Wan'; pendayung negara dan atlet Olimpik, Saiyidah Aisyah Mohamed; dan penerima biasiswa presiden, Encik Adil Hakeem Mohamad Rafee.



Tahun lalu, anugerah tersebut disampaikan kepada Encik Muhammad Dhafer Muhammad Faishal, juga penerima biasiswa presiden.



Ikhsan, yang kini berada di Norway dan tidak dapat menghadiri majlis semalam, dalam satu kiriman video, berkata:



"Untuk diberi anugerah ini, ia sangat bermakna kepada saya dan keluarga. Ia menunjukkan bahawa apa yang saya lakukan adalah perkara yang tepat. Saya akan terus bekerja keras dan mewakili negara dengan baik."



Di usia muda 21 tahun, Ikhsan digelar penyerang nombor satu Singapura, dan telah menjaringkan lapan gol dalam 18 penampilan buat negara.



Tiga daripada jaringan itu merupakan sumbangan penting kepada kempen Singapura dalam kelayakan Piala Dunia Fifa Qatar 2022 dan Piala Asia AFC 2023.



Pasukan Singa kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D - di belakang Uzbekistan dan Arab Saudi dan di depan Yaman dan Palestin - sebelum persaingan ditangguhkan akibat pandemik koranavirus.



"Saya harap anugerah ini akan memberi inspirasi kepada belia Melayu lain untuk mengejar impian mereka dan memburu apa yang mereka mahu, dengan kerja keras, dedikasi, kesungguhan dan pengorbanan. Tiada apa yang mustahil," ujarnya lagi.



Ibu bapa, Fandi dan Cik Wendy Jacobs, menjadi tiang kekuatan Ikhsan untuk terus mengecapi puncak-puncak kejayaan.



"Bapa saya telah lalui perjalanan ini. Dia tahu pasang surutnya, kesusahan dan cabaran yang saya kini alami. Justeru, dia sentiasa bersama saya untuk membantu dan mendorong saya," kata anak kedua daripada lima beradik itu.



"Dan ibu saya juga motivasi terbesar saya. Seperti anda tahu dia sakit dan sudah hampir setahun saya tidak bertemunya. Dia selalu ingatkan saya untuk kekal kuat dan berlatih dengan gigih," tambah Ikhsan, yang menetap sasaran menyumbat lebih banyak gol di Eropah serta bersaing di liga tahap lebih tinggi kelak.



Adik beliau, Cik Iman Fandi, mewakili Ikhsan untuk menerima Anugerah Jauhari Harapan dari tetamuu terhormat, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K, Shanmugam. Turut hadir di majlis semalam ialah bapanya, Fandi.




"Saya harap anugerah ini akan memberi inspirasi kepada belia Melayu lain untuk mengejar impian mereka dan memburu apa yang mereka mahu, dengan kerja keras, dedikasi, kesungguhan dan pengorbanan. Tiada apa yang mustahil... Bapa saya telah lalui perjalanan ini. Dia tahu pasang surutnya, kesusahan dan cabaran yang saya kini alami. Justeru, dia sentiasa bersama saya untuk membantu dan mendorong saya.
- Ikhsan Fandi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >