JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda pulau Jawa di Indonesia petang Jumaat, mencederakan sekurang-kurangnya 10 orang, manakala seorang maut akibat serangan jantung yang disyaki berlaku semasa gempa itu, kata agensi mitigasi bencana negara tersebut.
Gegaran itu menyebabkan kerosakan kecil pada ratusan rumah, beberapa pejabat, kemudahan kesihatan dan pusat pendidikan di wilayah Yogyakarta dan Jawa Tengah, kata jurucakap agensi itu, Encik Abdul Muhari, kepada agensi berita Reuters pada Sabtu.
Agensi Geofizik Indonesia berkata gempa itu, yang melanda pada kedalaman 25 kilometer (km), dirasai di beberapa bandar di wilayah Jogjakarta serta timur dan tengah Jawa, pulau paling ramai penduduk di Indonesia. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Di Indonesia, kawasan yang dipanggil “Cincin Api Pasifik”, zon seismik yang sangat aktif di mana plat berbeza di kerak bumi bertemu dan mencetuskan banyak gempa bumi dan gunung berapi.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg