Topik diikuti
Pergi ke BHkuJurutera kanan SMRT TEL teruja bantu luaskan rangkaian rel
Pembukaan khidmat MRT Laluan Thomson-Eas Coast (TEL) membantu penduduk lebih terhubung. Di sebalik rangkaian laluan terbaru itu, ada ramai kakitangan SMRT TEL yang bertugas di belakang tabir demi memastikan perjalanan penumpang selesa lagi selamat. Berikut kami paparkan tugas beberapa kakitangan SMRT TEL.
Feb 19, 2023 | 5:30 AM
Jurutera kanan SMRT TEL teruja bantu luaskan rangkaian rel
SEBAGAI jurutera wanita Cik Nurdiyana Fatin Sidik tidak rasa kekok atau kurang selesa bekerja dalam industri yang lazimnya dipenuhi kaum Adam.
Ini kerana majikannya, SMRT Thomson-East Coast Line (TEL) menitik beratkan budaya saling menghormati, saling membantu dan saling memastikan keselamatan pekerjanya.
