Zaman sekolah dulu, apabila pembimbing kerjaya datang untuk beri ceramah kepada pelajar tentang cara membentuk haluan kerjaya, mereka sering tekankan satu faktor yang memainkan peranan penting – ‘connection’.

Menurut mereka, salah satu faktor penting yang mempengaruhi keadaan, yang boleh memudahkan perjalanan kita mencapai matlamat kerjaya yang kita impikan adalah untuk membina rangkaian, atau ‘build your network’.