Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kadar kesuburan global bertambah teruk, akan jejas ekonomi

Jun 11, 2023 | 05:31 AM



Selepas 250 tahun sejak Revolusi Perindustrian, penduduk dunia terus meningkat.

Namun, sebelum abad ini berakhir, jumlah warga dunia mungkin berkurang buat kali pertama sejak Wabak Black Death.

Puncanya bukan disebabkan jumlah kematian yang meningkat, tetapi kurangnya kelahiran.

Kadar kesuburan seluruh dunia serta jumlah purata kelahiran bagi setiap wanita semakin merudum.

Meskipun ini trend yang biasa didengar, akibatnya merupakan sesuatu yang membimbangkan.

Kecerdasan Buatan (AI) membawa kepada keyakinan yang semakin memuncak bagi sesetengah pihak akan masa depan dunia – jumlah kelahiran yang berkurang menjejas masa depan ekonomi dunia.

Pada tahun 2000, kadar kesuburan dunia ialah 2.7 kelahiran bagi setiap wanita, melebihi “kadar penggantian” 2.1 yang memastikan penduduk dunia stabil.

Hari ini kadar kesuburan dunia adalah pada 2.3 dan ia semakin berkurang.

Sebanyak 15 negara terbesar dunia mempunyai kadar kesuburan di bawah kadar penggantian tersebut.

Ini bukan hanya termasuk Amerika dan negara dunia yang lebih kaya, tetapi juga China dan India, yang tidak kaya tetapi bersama menyumbang lebih daripada satu pertiga populasi global.

Di banyak bahagian dunia, bunyi tapak kaki kecil ‘ditenggelamkan’ oleh bunyi tongkat.

Antara contoh utama negara yang semakin menua bukan hanya Jepun dan Italy, tetapi termasuk Brazil, Mexico dan Thailand.

Menjelang 2030, lebih separuh penghuni Asia Timur dan Asia Tenggara akan berusia lebih 40 tahun.

Apabila warga emas meninggal dunia dan tidak ‘diganti’, populasi akan semakin berkurang.

Di luar Afrika, populasi dunia diramalkan memuncak pada 2050-an dan akan mengakhiri abad ini dengan populasi yang lebih kecil berbanding sebelumnya.

Malah di Afrika, kadar kesuburan berkurang dengan lebih pantas.

Apa sahaja yang dikatakan oleh pakar alam sekitar, populasi yang semakin berkurang menimbulkan masalah.

Dengan populasi dunia yang berkurang, kesukaran ekonomi akibat kurangnya golongan muda semakin meningkat.

Yang jelas ialah pesara dunia kurang disokong.

Mereka yang telah bersara menggunakan hasil golongan yang bekerja, sama ada melalui negara, yang mengenakan cukai ke atas pekerja untuk membayar pencen awam.

Walaupun negara kaya kini mempunyai sekitar tiga orang yang berusia antara 20 dengan 64 tahun bagi setiap individu yang berusia 65 tahun ke atas, menjelang 2050 jumlah tersebut akan berkurang kepada dua orang.

Implikasinya ialah cukai yang lebih tinggi, persaraan yang semakin lambat, pulangan sebenar yang lebih rendah bagi mereka yang menyimpan wang dan mungkin berlaku krisis belanjawan.

Nisbah pekerja yang lebih rendah daripada pesara hanya satu daripada masalah yang berpunca daripada kadar kesuburan yang semakin merosot.

Seperti yang kami jelaskan minggu ini, golongan muda mempunyai sesuatu yang dipanggil pakar psikologi sebagai “fluid intelligence” – keupayaan untuk berfikir secara kreatif untuk mencari huraian terhadap masalah melalui cara baru.

Ciri dinamik golongan muda ini melengkapkan pengetahuan pekerja yang lebih berusia.

Ia juga membawa perubahan.

Paten yang difail oleh pencipta paling muda biasanya berkemungkinan lebih inovatif.

Negara yang lebih menua – dan juga golongan muda dalam negara serupa itu – kurang berinovasi dan kurang selesa mengambil risiko.

Kadar kesuburan yang rendah ini boleh dilihat sebagai krisis yang perlu dihuraikan.

Namun kebanyakan daripada punca asasnya dialu-alukan.

Apabila warga menjadi semakin berkemampuan, mereka lebih cenderung untuk tidak mempunyai ramai anak.

Kini, mereka perlu timbangkan keperluan keluarga dan juga tempat kerja, apa yang perlu diutamakan.

Golongan konservatif yang berkata kadar kesuburan yang rendah merupakan tanda-tanda kegagalan masyarakat dan menyeru untuk kembali kepada nilai keluarga yang tradisional, memang silap.

Lebih banyak pilihan merupakan sesuatu yang lebih baik, dan tiada orang yang harus dipertanggungjawabkan untuk meramaikan anak.

Golongan liberal pula menggalakkan imigrasi, namun ini juga bukan diagnosis yang betul.

Kadar imigrasi kini berada pada tahap tinggi, membantu setiap negara menangani kekurangan pekerja.

Namun, hakikatnya kadar kesuburan yang kurang bermakna, menjelang pertengahan abad ini, dunia mungkin akan menghadapi kekurangan pekerja muda yang berpendidikan kecuali sesuatu berubah.

Namun apakah yang mungkin boleh dilakukan?

Ramai dalam tinjauan memberitahu bahawa mereka inginkan lebih ramai anak.

Namun, jurang antara aspirasi dan realiti ini mungkin disebabkan mereka yang ingin menjadi ibu bapa – yang kemudian akan menyumbang kepada pencen pesara pada masa akan datang – tidak mampu memiliki anak yang lebih ramai; atau mungkin disebabkan kegagalan dasar lain, seperti kurangnya bekalan perumahan atau kurangnya rawatan kesuburan.

Meskipun semua masalah ini boleh dihuraikan, pembangunan ekonomi masih berkemungkinan membawa kepada kejatuhan kesuburan di bawah kadar penggantian.

Dasar pro-keluarga pula mempunyai rekod yang mengecewakan.

Singapura menawarkan geran mewah, rebat cukai serta subsidi penjagaan kanak-kanak, namun kadar kesuburannya di tahap 1.

Dunia akhirnya perlu ‘pasrah’ dengan golongan muda – dan juga populasi – yang berkurang.

Dengan itu, kemajuan terkini dalam AI datang tepat pada masanya.

Jika teknologi dapat membantu manusia mengatasi kekurangan bayi, ia sesuai dengan corak sejarah.

Kemajuan produktiviti yang tidak dijangka bermakna kejadian-kejadian yang tidak diingini, seperti kebuluran ramai paling teruk yang diramalkan Thomas Malthus pada abad ke-18, tidak akan bertambah teruk.

Bayi yang berkurang bermakna kurangnya individu ‘genius’.

Tapi mungkin masalah ini boleh dihuraikan oleh ‘genius’ yang masih ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >