Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kaedah bedah ganti pinggul bolehkan pesakit pulih lebih pantas, kembali aktif

Jun 01, 2021 | 06:00 AM



KEBANYAKAN mereka yang menjalani pembedahan penggantian pinggul merupakan pesakit yang berusia 50 tahun ke atas.



Hal ini berlaku akibat masalah haus dan lusuh atau wear and tear pada bahagian pinggul, lantas usia lanjut bermakna tempoh pemulihan selepas pembedahan mungkin mengambil masa yang lebih lama.



Namun hasil kaedah pembedahan masa kini memberi peluang kepada para pesakit penggantian pinggul untuk pulih dengan lebih pantas berbanding kaedah pembedahan masa lalu.



Diberi nama pendekatan anterior langsung (DAA), kaedah pembedahan penggantian pinggul ini yang dilakukan Dr Mohd Mizan Marican, dibuat menerusi pangkal paha.



Kaedah DAA yang dilakukan Konsultan Pakar Bedah Ortopedik di Orion Orthopaedic Surgery itu mengurangkan risiko dislokasi posterior (bahagian belakang) pinggul.



Hasilnya, selepas pembedahan kaedah DAA, pesakit mampu berlutut, mencangkung, dan bersilang kaki.



“Saya anggarkan sekitar 95 peratus pesakit yang datang dapatkan pembedahan penggantian pinggul daripada saya merupakan mereka yang berusia lebih 50 tahun.



“Tapi dengan kaedah DAA yang saya lakukan sejak 2018 memberi peluang kepada pesakit untuk kembali aktif,” ujarnya.



Difahamkan Dr Mohd Mizan merupakan salah seorang pakar bedah perintis dalam kaedah DAA.



Dalam pembedahan penggantian pinggul, tulang dan rawan (cartilage) dialihkan secara berhati-hati dan digantikan dengan implan.



Keseluruhan prosedur mengambil masa sekitar dua jam bagi satu bahagian pinggul.



Tubuh manusia mempunyai dua tulang pinggul.



Menurut Dr Mohd Mizan, kaedah DAA memberi peluang kepada pesakit berjalan hanya beberapa jam selepas pembedahan dan mereka biasanya dibenarkan pulang keesokan harinya.



Pesakit muda



Bukan pesakit yang berusia lebih 50 tahun sahaja yang menjalani pembedahan penggantian pinggul.



Dr Mohd Mizan yang merupakan lulusan King’s College London dalam bidang perubatan berkata beliau pernah merawat seorang pesakit muda berusia pertengahan 20an tahun yang terpaksa menjalani pembedahan penggantian pinggul.



Ini berlaku akibat penyakit barah yang dialaminya di mana beliau terpaksa menjalani kimoterapi sehingga menjejas tulang pinggulnya.

Akibatnya kededua tulang pinggulnya terpaksa menjalani pembedahan.



“Dalam usia muda, beliau juga ingin menjalani gaya hidup seperi golongan muda lain. Bayangkan beliau terpaksa berpaut pada ibunya setiap kali keluar berjalan.



“Sebab itulah beliau menjalani pembedahan penggantian pinggul menerusi kaedah DAA, dan kini beliau lebih berdikari,” tambah Dr Mohd Mizan. 



Di sebalik keberkesanan pembedahan penggantian pinggul menerusi kaedah DAA, Dr Mohd Mizan yang telah menjadi doktor selama 16 tahun dan pakar ortopedik sejak enam tahun lalu, berkata beliau tidak selalunya memilih menjalankan pembedahan ke atas pesakit.



“Meskipun saya kini pakar bedah tidak bermakna saya akan terus nasihatkan pesakit menjalani pembedahan.



“Sebaliknya dalam banyak juga kes, pesakit hanya perlukan ubat, fisio terapi dan suntikan jika perlu.



“Biarlah pembedahan menjadi pilihan terakhir buat semua pesakit,” tambahnya yang sebelum ini beliau pernah bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH).



Masalah lutut



Meskipun didatangi pesakit yang menghidap sakit pinggul, Dr Mohd Mizan berkata masalah tersebut hanya membentuk 30 peratus daripada keseluruhan pesakit yang tampil berjumpanya.



Kebanyakan yang datang mendapatkan rawatan daripadanya merupakan pesakit lutut.

Antara mereka termasuk yang mengalami kecederaan lutut akibat bersukan, koyak meniskus, cedera ligamen lutut dan lutut pelari.



Bagi masalah artritis, pihaknya turut menyediakan pembedahan penggantian sebahagian atau keseluruhan lutut, selain makoplasti atau penggantian lutut robot, jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >