Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kaitan senaman dan kesihatan mental

Senaman secara tetap boleh jadi ubat penahan sakit semula jadi
Feb 27, 2023 | 05:30 AM



MANFAAT senaman amat ketara. Ia meningkatkan kesihatan kita melalui pelbagai cara.



Secara fizik, ia termasuk mengawal berat badan dan tekanan darah kita, dan memperbaiki rintangan insulin (iaitu cara jisim menggunakan insulin dengan lebih berkesan, lantas kadar gula kita menjadi lebih baik) dan benteng terhadap jangkitan kuman, serta membantu kita tidur dengan lebih baik.



Secara psikologi, ia meningkatkan daya tahan apabila berhadapan dengan tekanan mental.



Jika dilakukan secara berkumpulan, ia juga boleh mengeratkan ikatan persahabatan.



Senaman membawa kepada pengeluaran ubat penahan sakit secara semula jadi yang digelar endorfin. Ini memberi kesan dalam meredakan kesakitan seperti bahan yang dibuat (sintetik), seperti morfin dan kodin.



Senaman yang bermanfaat ialah senaman secara tetap.



Menurut ActiveSg, seorang dewasa harus bersenam sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu dengan cara fizikal yang sederhana (seperti berjalan cepat), dalam sesi-sesi 10 minit (atau lebih).



Bersenam bersama ahli keluarga dan sahabat-handai akan membantu seseorang lebih senang mengikuti jadual bersenam.



JENIS SENAMAN



Senaman boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, seperti berikut:



Aerobik (ketahanan)



- Meningkatkan pernafasan dan kecepatan nadi (seperti jalan pantas, berlari-lari anak dan menari).



Kekuatan



- Menguatkan otot-otot (seperti angkat berat, tekan tubi, atau push-up, dan menggunakan tali getah, atau resistance band.



Keseimbangan



- Bantu mencegah jatuh (seperti berdiri satu kaki, berjalan tumit ke jari kaki dan taici.



Fleksibiliti



- Otot-otot diregang dan tubuh akan tetap lembut (seperti meregangkan bahu, lengan atas dan betis dan yoga).



Senaman boleh diselitkan dalam rutin harian kita dengan kita merancangkannya secara kreatif.



Kerja rumah dan menaiki kenderaan awam seperti kereta api atau bas boleh menjadi sejenis senaman.



Rumah saya terletak 10 minit dari stesen kereta api jika saya berjalan cepat, dan setelah sebulan saya berhenti memandu kereta dan mula menggunakan kereta api dan bas, saya dapat menurunkan berat badan saya sebanyak dua kilogram dan menurunkan kadar tekanan darah saya.



Saya juga dapat tidur dengan lebih nyenyak!



Selain daripada meraih keuntungan dari segi kewangan dan kesihatan, saya membantu memainkan peranan mengurangkan pelepasan karbon ke udara di Singapura, alhamdulillah!



Di Singapura, dengan rahmat Tuhan, mudah untuk mula bersenam walaupun anda jarang melakukannya sebelum ini.



Selain daripada gimnasium awam yang murah dan lengkap, terdapat banyak klinik senaman dan gimnasium percuma yang boleh anda turut serta untuk membangunkan suatu regim senaman yang baru - sila semak usaha pemerintah di ActiveSg.



Sebagaimana yang telah ditekankan sebelum ini, mula-mula buatlah pilihan untuk bersenam, kemudian sesuaikan jenis senaman menurut keperluan dan kemampuan anda - tetapi lakukan secara tetap.



Moto ActiveSg tepat dan bagus kita renungi: Better beats perfect (Lebih baik kalahkan sempurna).



Mulakan sekarang dan jadikan ia lebih baik setiap hari daripada cuba merancang mencapai regim senaman yang sempurna.



Mulakan hari dengan bersenam



Di Pusat Kesejahteraan Mental Kelab Heal, peserta memulakan hari mereka dengan senaman.



Senaman regangan, diikuti dengan berjalan kaki singkat di sekitar blok, menetapkan nada untuk hari mereka di pemulihan.



Sesungguhnya, kita semua menyedari kepentingan yang dimainkan oleh senaman dan sukan dalam pemulihan orang yang menghadapi cabaran kesihatan mental.



Faedah senaman termasuk:



- membantu mengawal berat badan; mengurangkan risiko penyakit jantung



- membantu menguruskan paras gula dalam darah



- membantu perokok berhenti merokok



- meningkatkan tahap mood dan kesihatan mental



- membantu menajamkan pemikiran dan pembelajaran



- membantu menguatkan tulang dan otot, mengurangkan risiko barah; menurunkan risiko jatuh pada warga tua



- memperbaiki tidur



Bagi yang sibuk dalam kalangan kita, berjalan pantas adalah kaedah senaman yang sangat baik.



Apa yang seseorang perlukan hanyalah sepasang kasut berjalan yang baik dan pakaian longgar yang selesa (terutamanya dalam konteks iklim kita yang panas dan lembap).



Nabi Muhammad saw adalah contoh yang baik tentang seseorang yang sentiasa berjalan pantas.



"Apabila Baginda berjalan, kerana kelajuan dan kekuatan kakinya, seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi."



Baginda juga menggalak pengikutnya bersukan.



"Ajarilah anak-anakmu berenang, memanah dan menunggang kuda."



  • Penulis presiden Kelab Heal sejak 2012 dan merupakan seorang doktor keluarga.


FAHAMI MASALAH KESIHATAN MENTAL



  • Kesihatan mental adalah situasi apabila seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.

  • Ia juga merujuk kepada cara seseorang berfikir, berasa dan bertindak; cara menghadapi masalah dan mengatasinya atau cara kita berinteraksi dengan orang lain.

  • Masalah kesihatan mental melibatkan kecelaruan kebimbangan umum, kecelaruan panik, kecelaruan obsesif kompulsif, kecelaruan stres selepas trauma serta gangguan tidur.

  • Ada beberapa perkara yang mempengaruhi kesihatan mental, termasuk cara/ corak asuhan seseorang; tahap pendidikan; agama dan budaya hidup; pengaruh persekitaran (rakan sebaya, guru); keistimewaan, kelemahan dan pencapaian seseorang serta kesihatan fizikal.

  • Selain mendapatkan nasihat profesional, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu diri sendiri dan orang lain yang menghidap penyakit fizikal.

  •  Ini termasuk berkongsi kebimbangan dan masalah dengan orang lain. Anda mungkin berasa lega selepas berkongsi masalah. Atau bertanya kepada doktor anda tentang perkara yang anda tidak pasti tentang penyakit.

  • Imbangi keperluan kehidupan anda dengan halangan akibat penyakit. Ketahuilah tahap kemampuan anda.

  • Amalkan pemakanan seimbang dan sihat. Hilang selera makan akibat kemurungan boleh merumitkan kesihatan mental.

  • Amalkan juga pengambilan ubat-ubatan mengikut nasihat doktor

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >