Topik diikuti
Pergi ke BHkuKajian 4 tahun tingkat ketepatan kesan awal, ramalan sakit mental remaja rentan
Kajian 4 tahun tingkat ketepatan kesan awal, ramalan sakit mental remaja rentan
Kajian 4 tahun tingkat ketepatan kesan awal, ramalan sakit mental remaja rentan

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 10, 2022 | 5:30 AM
DENGAN lebih daripada seorang daripada setiap lima remaja berusia antara 18 dengan 29 tahun di sini didapati menghadapi kesihatan mental yang buruk, usaha kini sedang dilakukan bagi membantu golongan ini.
Terbaru, Pusat LKCMedicine NTU untuk Bioperubatan Informatik mendedahkan ia sedang bekerjasama dengan Institut Kesihatan Mental (IMH) dan Universiti Teknologi Auckland di New Zealand dalam kajian empat tahun bagi membangunkan kaedah pembelajaran menggunakan mesin dengan menggunakan satu gabungan set data berlainan bagi mempertingkat ketepatan pengesanan awal atau ramalan penyakit mental di kalangan remaja rentan.
