Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kajian lindungi ketam air tawar raih sokongan Temasek

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA satu-satunya tempat di dunia di mana Ketam Air Tawar Singapura (Johora singaporensis) boleh ditemui.



Krustasia ini adalah salah satu daripada 100 haiwan paling terancam di dunia.



Haiwan bersaiz 3 sentimeter ini sangat sensitif dan hanya boleh ditemui di beberapa aliran air di bukit yang tidak terganggu di Singapura.



Pembangunan dan pembandaran telah banyak menghapuskan habitat yang ada dan menyekat keterkaitan genetik untuk spesies endemik ini.



Unjuran perubahan bagi ketersediaan dan mutu air akibat perubahan iklim di masa depan menimbulkan ancaman yang teruk kepada kehidup ketam ini.



Sejak 2014, Mandai Nature telah menyokong pasukan penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) yang sedang berusaha untuk mengetahui bagaimana spesies sensitif ini serta Ketam Air Tawar Tanah Pamah boleh terjejas oleh kemarau dan kejadian pengasidan, yang dijangka meningkat di Singapura pada tahun-tahun akan datang.



Mandai Nature merupakan antara benefisiari dan filantropi Temasek.



Strategi pemuliharaan untuk spesies itu juga telah dibangunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Penakatan Spesies IUCN dan Lembaga Taman Negara (NParks).



Pasukan itu juga sedang menjalankan penyiasatan mengenai struktur populasi dan keadaan badan ketam dari lokasi berbeza di Singapura, serta ujian tingkah laku di makmal untuk memerhati bagaimana ketam bertindak balas terhadap senario kemarau dan pengasidan.



Dengan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang cara ketam yang sangat terancam menyesuaikan tingkah laku mereka apabila berhadapan dengan cabaran iklim yang unik, ahli pemuliharaan dan pengurus tanah boleh dapat membangun dan melaksanakan langkah yang disasarkan dengan tujuan untuk mengekalkan populasi ketam di masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >