Kajian: Pertubuhan SG antara sasaran utama penjenayah 'ransomware'
Premium
Kajian: Pertubuhan SG antara sasaran utama penjenayah 'ransomware'
Jul 21, 2022 | 5:30 AM
TANGANI ANCAMAN 'RANSOMWARE': Peratusan pertubuhan Singapura yang melaporkan sekurang-kurangnya satu serangan pada tahun lalu juga meningkat daripada 60 peratus dalam laporan tahun lalu kepada 80 peratus tahun ini. - Foto hiasan fail -
Semakin banyak pertubuhan kini menjadi mangsa penjenayah 'ransomware' yang menggunakan sofwe jahat untuk mengunci dan mencuri data penting lalu meminta wang tebusan supaya data dikembalikan. Sebuah kajian global menunjukkan pertubuhan Singapura merupakan antara yang paling disasar penjenayah 'ransomware'.
SERANGAN ransomware atau perisian tebusan semakin meningkat, dan pertubuhan di Singapura adalah antara yang paling menjadi sasaran di dunia, menurut satu kajian baru-baru ini.

