Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Kak Nor' rasa dihargai khidmat di Sana 43 tahun

Jul 04, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN sudah melangkaui umur persaraan, Cik Norhatijah Esa, belum ada sebarang rancangan untuk bersara.



Selama 43 tahun bekerja di Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana), namanya yang lebih dikenali sebagai 'Kak Nor' sering disebut-sebut di pusat-pusat Sana.



Itulah yang membuatnya jatuh cinta kepada kerjanya, katanya, kerana mereka yang sering menyebut-nyebut namanya ialah bekas pesalah dadah dan keluarga mereka.



"Ada yang baru keluar penjara, ada yang keluar-masuk penjara, ada yang sudah mempunyai anak, ada yang muda dan yang tua - lebih tua daripada saya," kata Cik Norhatijah.



Ibu dua anak berusia 66 tahun itu, merupakan penyelaras dan mengendalikan hal pentadbiran dan program cegah dadah di Sana.



Ini termasuk mengaturkan sesi kaunseling dan aktiviti tertentu bagi bekas pesalah dadah serta keluarga mereka.



Cik Norhatijah berkata, tugasnya itu memberinya peluang berinteraksi dengan bekas pesalah dan ahli keluarga mereka.



"Melalui interaksi dalam talian atau bersua muka, saya bersyukur dapat berkenalan dengan mereka," jelasnya, yang dahulu menggunakan mesin taip bagi mengendali hal pentadbiran di Sana.



Menurut Cik Norhatijah, hubungan bersama mereka begitu rapat dan saling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sejak berpuluh tahun berkenalan.



Sebelum berkhidmat di Sana, beliau bertugas di Khidmat Kaunseling Muslim (MCS) menguruskan hal pentadbiran termasuk mengurus kauseling dalam penjara.



Pengalaman beliau mengurus kaunseling dalam penjara mendedahkan beliau kepada peri pentingnya memberi sokongan kepada bekas pesalah dadah yang dalam pemulihan agar tidak kembali kepada dadah.



"Selain bekas pesalah, keluarga mereka merupakan golongan yang amat terkesan apabila mereka mengambil dadah. Tanggungan mereka seperti ibu bapa dan anak sering saya lihat terjejas dari segi psikologi dan kewangan.



"Kadang kala, saya berasa amat sedih apabila melihat anak-anak kecil yang terpaksa menanggung akibat tindakan ibu bapa mereka," tambahnya.



"Apabila mereka dipenjara, anak-anak kehilangan seseorang yang dapat membimbing mereka."



Namun, beliau sendiri pernah melihat individu-individu yang berubah walaupun memakan masa sehingga puluhan tahun.



Antaranya, beliau pernah berkenalan dengan seorang bekas pesalah yang menghadiri sesi kaunseling di Sana waktu muda sehingga kenalan tersebut kini sudah bercucu dan menunaikan ibadah umrah.



"Saya percaya bahawa semua orang boleh berubah tapi perubahan bergantung pada diri sendiri. Kami boleh cuba sedaya upaya tapi jika tuan punya badan tidak bekerjasama, sukar untuk perubahan berlaku," tambah beliau.



Pengalaman beliau di Sana juga boleh dianggap pembuka mata untuk beliau bersikap empati.



Sikap peramah beliau juga disenangi bukan sahaja rakan sekerja namun klien-klien di Sana.



Dengan adanya individu seperti Cik Norhatijah, bekas pesalah dadah rasa senang apabila menghadiri acara anjuan Sana dan berkongsi masalah mereka kerana sudahpun tersemai kepercayaan.



"Saya belum ada rancangan untuk bersara namun saya berharap saya dapat bersara dalam keadaan yang memuaskan hati kerana telah memainkan peranan dalam perubahan bekas pesalah," jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >