Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

'Kaki senam' kongsi pengalaman dijangkiti Covid-19

Apr 11, 2022 | 05:30 AM



SEJURUS disahkan positif Covid-19, Cik Neffy Norfarah Jamal, dapat merasakan keadaan tubuhnya yang amat lemah - sehinggakan sukar baginya memberi tumpuan kepada kegiatan aktif yang biasa disertainya.



Jika sebelum ini ibu seorang anak perempuan itu aktif bersenam bersama rakan-rakannya sebanyak dua kali seminggu, namun selama dua minggu lamanya beliau terpaksa merehatkan tubuh akibat kesan Covid-19.



Kakitangan di sebuah bank antarabangsa berusia 45 tahun itu berkata:



"Saya merupakan seseorang yang sukar duduk diam.



"Memang sudah menjadi amalan saya untuk melakukan senaman dan gerakan yang diberi nama Salsation bersama rakan-rakan di studio sebanyak dua kali seminggu sejak beberapa tahun lalu.



"Namun kesan akibat Covid-19 ini memberi impak pada tubuh. Saya jadi lemah dan cepat penat sepanjang hampir 10 hari lamanya," kata Cik Neffy.



Cik Neffy mula membuat ujian pantas antigen (ART) sekitar awal bulan lalu selepas mula mengalami batuk dan selesema.



Beliau kemudian disahkan positif hasil ujian tersebut.



Mujur baginya, syarikat yang baru disertainya itu memerlukan kebanyakan kakitangannya bekerja dari rumah (WFH).



"Semasa tempoh itu memandangkan saya masih lagi jalani latihan sebagai pekerja baru terus bekerja dari rumah.



"Saya masih mampu lakukan tugasan seperti biasa, meskipun agak kurang selesa akibat batuk dan selesema.



"Mujur dapat sokongan anggota keluarga termasuk suami dan anak perempuan saya yang banyak membantu pada ketika itu," ujarnya lagi yang turut mendapatkan rawatan secara dalam talian atau telemedicine.



Ubatnya kemudian dihantar langsung ke rumah sehari kemudian.



Semasa tempoh itu, beliau lebih banyakkan berehat, minum air putih selain makan makanan kurang berminyak.



Meskipun begitu, Cik Neffy akur yang dirinya berasa agak gelisah kerana tidak dapat aktif seperti biasa sepanjang tempoh itu.



Maka apabila ujian ART yang diambilnya hampir 10 hari kemudian menunjukkan tanda negatif, Cik Neffy mula aktifkan diri semula.



"Saya bermula dengan membersihkan sekeliling rumah. Pada masa itu batuk masih ada, tapi sudah berkurangan.



"Selang beberapa hari kemudian, saya dan suami berjalan ke luar rumah dan apabila saya rasakan yang saya lebih cergas, saya kembali bersenam bersama rakan-rakan.



"Rindu saya terhadap kegiatan aktif dan bertemu rakan-rakan pun terubat," jelasnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >