Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

FACEBOOK LIVE BERITA HARIAN

Kebajikan anak harus diutama apabila jaga bersama lepas cerai

Pakar bincang isu kasih ibu bapa, anak setelah perceraian, program sokongan Pusat As-Salaam PPIS
Mar 05, 2021 | 05:30 AM



PENJAGAAN bersama anak oleh ibu bapa sudah bercerai (co-parenting) bukan satu perlumbaan, sebaliknya kesejahteraan dan kebajikan anak perlu lebih dititiberatkan.



Demikian ditekankan peguam Ahmad Nizam Abbas dalam satu sesi Facebook Live Berita Harian bersama Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) Isnin lalu, yang dihoskan oleh koresponden Shahida Sarhid dan Ustaz Fadhly Rosli.



Dalam perbincangan sejam itu, mengenai topik Air Dicencang Tiada Putus : Putus jodoh tidak bermakna putus kasih anak, Encik Nizam berkata melalui pengalamannya, ramai ibu bapa yang sudah bercerai mengenakan tekanan terhadap anak mereka.



Ini dilakukan apabila mereka ingin menunjukkan kepada anak mereka bahawa mereka adalah ibu atau bapa lebih baik daripada bekas pasangan mereka.



"Yang paling teruk saya rasa ialah apabila sebelum memasuki mahkamah, ibu atau bapa memaksa anak semuda tujuh tahun membuat pilihan tepat agar mereka mendapat hak penjagaan anak itu," kongsinya.



Menurut perangkaan negara, berdasarkan perceraian yang berlaku setiap tahun, lebih 1,000 anak berusia 21 tahun ke bawah terjejas oleh perceraian ibu bapa mereka.



Namun menurut Encik Nizam, rakan kongsi utama dan ketua undang-undang keluarga firma guaman Emerald Law, tidak seperti dulu, kini ada pilihan hak penjagaan bersama bagi pasangan selepas bercerai.



"Saya rasa ini merupakan satu perubahan baik kerana ia mementingkan kebajikan anak-anak," kata beliau.



Seorang lagi panelis sesi tersebut, pekerja sosial kanan Pusat As-Salaam PPIS, Cik Mumtaz Kamarudin, mengongsi beberapa program yang dijalankan pusat itu dan bantuan yang dihulurkan kepada pasangan bercerai.



Antara program yang disediakan pusat itu ialah kaunseling dan kerja kes, pakatan keibubapaan (sesi perundingan sekali di Mahkamah Syariah bagi ibu bapa baru bercerai, dengan tumpuan pada isu berkaitan pengasuhan bersama dan kesan perceraian ke atas anak), dan Kanak-kanak dalam Perantaraan (CiB; program berasas kemahiran bagi ibu bapa dan anak untuk meningkatkan kerjasama ibu bapa dalam penjagaan bersama dan meningkatkan hasilnya bagi anak).



"Semasa program kaunseling, kami akan membincangkan keputusan pasangan yang ingin bercerai. Kami akan bincangkan apakah keputusan itu dibuat secara terburu-buru atau sudah difikirkan masak-masak.



"Tetapi pada akhirnya, ia adalah keputusan pasangan itu sendiri," ujar Cik Mumtaz.



Pusat As-Salaam mempunyai pengalaman lebih 25 tahun bekerja bersama keluarga ibu bapa tunggal dalam masyarakat Melayu/Islam.



Pada 2015, ia dilantik sebagai Agensi Khusus Bantuan Perceraian (DSSA) oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Tahun lalu, Pusat As-Salaam menyokong lebih 2,000 keluarga.



Seorang ibu tunggal, yang menjaga anaknya bersama bekas suaminya, Cik Nurseriwaty Rahim, turut menyertai perbincangan itu.



Cik Nurseriwaty, bekas klien Pusat As-Salaam, mengongsi bagaimana pusat itu membantu ketika beliau melayari masa-masa sukar selepas perceraian.



"Pegawai PPIS memberi pandangan tidak berpihak dan menyediakan rancangan mengenai langkah yang wajar dilakukan seterusnya. Ini amat bermanfaat bagi saya," kata beliau.



Cik Nurseriwaty, yang menjalankan perniagaan kek dari rumah, Violet Frost, turut mengongsi beberapa kebaikan menjadi ibu bapa bersama selepas bercerai.



"Anak-anak saya terperanjat melihat saya masih boleh berkomunikasi dengan bapa mereka dengan baik walaupun kami telah berpisah.



"Ini kerana menurut mereka, itu bukan sesuatu yang mereka lihat dalam kalangan kawan-kawan mereka yang ibu bapa mereka sudah berpisah.



"Malah, anak saya menerima anugerah Edusave (bagi pencapaian di sekolah) kerana mempunyai suasana dan sokongan positif daripada kedua-dua ibu dan bapanya," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >