PAKAI topi keledar keselamatan dan jaket, dan naik ke mesin pengorek.
Anak-anak anda akan ghairah untuk mula 'bekerja' di Diggersite yang terletak di Yishun.
Di tapak permainan di luar bertema pembinaan ini, kanak-kanak boleh mengendalikan jentera secara bebas atau dapat bantuan daripada ibu bapa mereka untuk cuba mengambil dahan, menggali pasir dan menjatuhkan botol logam.
Tarikan itu telah menarik perhatian ramai keluarga muda sejak ia bermula pada 2016 di Taman East Coast.
Ia kini berada di 91 Lorong Chencharu, bersebelahan dengan Muzium Penyu dan Kura-Kura Hidup, dan dibuka pada hujung minggu sahaja.
Bayaran masuk $18 seorang kanak-kanak dari umur dua tahun dan termasuk masa bermain di tiga stesen, setiap satu berlangsung kira-kira lima minit.
Kanak-kanak juga boleh meluangkan masa di lubang pasir (sandpit) dan laluan berhalangan. Masuk percuma untuk orang dewasa yang menemani anak mereka.
Bayaran masuk adalah berbeza apabila ada acara khas.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan melakukan tempahan slot, lungsuri lamn https://www.diggersite.com/
MEMASUKI sekolah baru adalah sesuatu yang menakutkan. Ini lebih-lebih lagi bagi Cece yang merupakan satu-satunya dalam kelas yang mengalami masalah pendengaran.
Memakai alat bantuan pendengaran yang besar di dadanya, anak muda itu belajar untuk menerima apa yang menjadikannya luar biasa dan mencari wira-wira dalamannya.
El Deafo ialah siri animasi tiga bahagian yang menarik, dengan wataknya disuarakan oleh pelakon kanak-kanak Amerika Lexi Finigan, yang juga pekak.
Ia berdasarkan novel grafik pengarang dan ilustrator Amerika Cece Bell dengan tajuk yang sama, yang meneroka pengalaman zaman kanak-kanaknya dengan kehilangan pendengaran dan mengisahkan pencariannya untuk kawan sejati.
"Saya pakar bukan dalam hal siapa yang pekak, tetapi dalam diri sendiri saya," Bell menulis di blognya.
"Tetapi kami semua pakar tentang bagaimana rasanya berasa berbeza daripada orang lain, dan harapan terbesar saya untuk rancangan ini ialah ia akan menjadi teman yang baik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan rakan," ujarnya.
El Deafo bermula 7 Januari di Apple TV+.