Premium
Seronok berkebun, ternak ayam di rumah teres HDB
Di kejiranan lama Queenstown terdapat 13 blok rumah teres HDB yang dibina sejak awal tahun 60-an. Rumah-rumah seperti ini walaupun usianya sudah mencecah lebih lima dekad telah menarik perhatian masyarakat setempat setelah satu unit di Whampoa berjaya dijual pada rekod $1.268 juta. BERITA MINGGU telah menemui satu pasangan penduduk 'baru' dan satu pasangan penduduk 'lama' rumah jenis itu di Queenstown untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejiranan mereka.
Jul 18, 2021 | 5:30 AM
MENGEMBARA hampir ke seluruh dunia telah menyemarakkan semangat, Cik Fildza Zin dan suaminya Encik Juherman Zaiton untuk tinggal di kediaman terpencil dengan suasana santai dan ruang untuk berkebun, jauh daripada hiruk pikuk bandar.
Namun, impian itu sukar dicapai di hutan konkrit pulau Singa ini.

