Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PERSATUAN PEMUDI ISLAM SINGAPURA (PPIS)

Kekal relevan rentasi arus perubahan

Dec 12, 2023 | 04:08 PM




Selama lebih tujuh dekad, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) gigih memperjuangkan kedudukan dan masa depan wanita menerusi program dan khidmatnya demi memastikan ia kekal relevan biarpun dalam keadaan yang mencabar dan tidak menentu.

Sebagai sebuah agensi khidmat sosial, PPIS telah berkembang maju sejak ia diasaskan pada 1952 oleh 22 sukarelawan wanita yang ingin memperjuangkan kedudukan dan masa depan kaum wanita yang ketika itu kurang berpendidikan dan berkemahiran.

Ketua Pegawai Eksekutif PPIS, Cik Tuminah Sapawi, berkata:

“Biarpun berdepan pelbagai rintangan, ia tidak menghalang sukarelawan wanita tersebut dengan terus menyuarakan pandangan mereka tentang peri pentingnya anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan agar didaftar ke sekolah.

“Pada masa yang sama, supaya kaum wanita terus dilengkapi dengan kemahiran yang dapat menjana pendapatan bagi menampung kehidupan.”

PERANAN ADVOKASI


Pada 1966, PPIS memainkan peranan advokasi dalam penggubalan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA) dengan memastikan hak dan kepentingan wanita tidak terabai. Peranan advokasi in berterusan dengan PPIS menyuarakan pandangan berhubung isu-isu wanita dan keluarga. Dua tahun yang lalu, PPIS menganjurkan beberapa dialog tentang pembangunan wanita.

Menjelaskan tentang dialog tersebut, Cik Tuminah menjelaskan:

“Ia memberi peluang PPIS memainkan peranan pengantara antara kaum wanita dengan pemerintah. Menerusi dialog tersebut, kami mendengar bukan sahaja keresahan dan cabaran kaum wanita malah impian mereka mahu terus maju.”

Hasil dialog tersebut dikumpulkan dan dikemukakan kepada pihak pemerintah. Ia merupakan sumbangan PPIS kepada kertas putih pemerintah tentang pembangunan wanita.

PENJAGAAN KANAK-KANAK


Usaha membentuk generasi teguh bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak. Menyedari hakikat ini, PPIS menubuhkan prasekolahnya yang pertama pada 1983. Daripada sebuah prasekolah, kini terdapat tujuh pusat yang dikendalikan oleh syarikat Oaks Plus Limited.

“Kami yakin dengan adanya kemudahan seperti prasekolah yang menawarkan penjagaan kanak-kanak, ia membolehkan ibu-ibu keluar bekerja dan memantapkan lagi kedudukan kewangan keluarga,” ujar Cik Tuminah.

Selain daripada prasekolah, PPIS juga menawarkan khidmat penjagaan selepas sekolah atau Student Care Centres (SCC) di dua pusat, di Bedok dan di Jurong. Bagi kanak-kanak yang memerlukan rumah kedua apabila mereka selesai sekolah pada sebelah pagi, kedua-dua pusat tersebut menawarkan kegiatan pengayaan serta tuisyen.

KELUARGA KUKUH, MASYARAKAT TEGUH


Setiap keluarga berbeza. Baik dari segi kedudukan dan keadaan, mahupun keperluan. Menyedari hakikat tersebut dan sejajar dengan usahanya mahu kekal relevan, PPIS menyediakan pelbagai khidmat bagi memenuhi keperluan keluarga yang berbeza.

Selain pusat khidmat keluarga (FSC) yang terletak di Bukit Batok dan Wisma Geylang Serai, PPIS mempunyai empat pusat keluarga yang lain iaitu INSPIRASI PPIS, PPIS As-Salaam, PPIS Oasis dan PPIS Vista Sakinah.

Kedua-dua pusat khidmat keluarga PPIS menawarkan khidmat kaunseling serta menyelesaikan masalah keluarga seperti penderaan, hubungan serta pengurusan anak-anak.

KHIDMAT PPIS

– INSPIRASI PPIS menawarkan kursus persiapan rumahtangga bagi pasangan muda yang di bawah usia 25 tahun serta kedua-dua ibu bapa mereka bagi memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Pasangan muda yang sudah mendirikan rumahtangga boleh menyertai pelbagai Program Sokongan dan Pengayaan Perkahwinan sepanjang tempoh 10 tahun pertama perkahwinan.

Khidmat kaunseling ditawarkan bagi mereka yang menghadapi masalah keluarga.

– Pusat Sokongan Keluarga As-Salaam yang merupakan pusat PPIS yang terawal pula menawarkan khidmat bagi ibu dan bapa tunggal. Pada 2015, PPIS As-Salaam dilantik sebagai Agensi Pakar Sokongan Perceraian (DSSA) yang dikendali oleh Kementerian Pembangunan Keluarga dan Sosial (MSF).

– PPIS Oasis pula merupakan agensi titipan ketiga yang dilantik MSF pada 2017. Peranannya adalah untuk mendorong lebih ramai ibu bapa menjaga anak titipan. PPIS Oasis menyokong ibu bapa titipan dalam usaha menyediakan suasana rumah yang selamat dan stabil kepada anak-anak titipan menerusi khidmat sokongan dan terapi.

– PPIS Vista Sakinah mempersiapkan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga semula dan membantu anggota keluarga angkat termasuk anak angkat menyesuaikan diri dalam kehidupan keluarga angkat mereka.

Ia turut menawarkan program persiapan perkahwinan semula, program pengayaan dan program kanak-kanak serta kaunseling dan kerja kes.

– Rumah Peralihan Rise Above ditubuhkan pada September tahun lalu untuk memperkasakan wanita-wanita dalam tahanan untuk kembali kepada pangkuan keluarga dan masyarakat di samping mendapat pekerjaan tetap.

==================================================================

HUBUNGI PPIS


1. Pusat Khidmat Keluarga PPIS (Timur)


Alamat: Wisma Geylang Serai, 1 Engku Aman Road #03-01 Singapore 408528

Talian: 6015-6970

E-mel: fsceast@ppis.sg

Laman web: ppis.sg/fsc/

2. Pusat Khidmat Keluarga PPIS (Barat)


Alamat: Blok 301 Bukit Batok Street 31, #01-01 Singapore 650301

Talian: 6561-3462

E-mel: fscwest@ppis.sg

Laman web: ppis.sg/fsc/

3. INSPIRASI PPIS


Alamat: Blok 322 Bukit Batok Street 33, #01-16 Singapore 650322

Talian: 6561-1049

E-mel: inspirasi@ppis.sg

Laman web: ppis.sg/inspirasi/

4. PPIS As-Salaam


Alamat: Blok 41 Chai Chee Street, #01-16 Singapore 461041

Talian: 6745-5862

E-mel: as-salaam@ppis.sg

Laman web: ppis.sg/as-salaam/

5. PPIS Oasis


Alamat: Blok 41 Chai Chee Street, #01-16 Singapore 461041

Talian: 6817-6150

E-mel: oasis@ppis.sg

Laman web: ppis.sg/oasis/

6. PPIS Vista Sakinah


Alamat: Blok 549 Woodlands Drive 44, #01-86 Singapore 730549

Talian: 6891-3090

E-mel: vistasakinah@ppis.sg

Laman web: ppis.sg/vistasakinah/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >