Kekata Melayu mekar di balik pelitup, kuarantin Covid-19
Premium
Kekata Melayu mekar di balik pelitup, kuarantin Covid-19
Pandemik lahirkan perkataan, istilah yang perkaya perbendaharaan bahasa dalam menggambarkan keadaan
May 24, 2021 | 5:30 AM
EVOLUSI BAHASA MELAYU DI TENGAH PANDEMIK: Dalam era Covid-19, sebelum pergi ke masjid harus tempah slot masa dan ruang solat melalui sistem tempahan. Apabila pergi ke masjid jangan lupa pakai pelitup dan jangan beramai-ramai dan berapat-rapat demi patuhi sekatan perjalanan. Apabila hendak memasuki masjid, amalkan kemasukan selamat, guna aplikasi atau token TraceTogether agar mudah dijejaki andainya perlu, dan periksa suhu badan. Dalam masjid jaga jarak selamat dan apabila bertemu orang dikenali usah berjabat tangan, lakukan salam mufti. - Foto fail -
SEPERTI iklan popular sebuah kad kredit suatu ketika dahulu - don't leave home without it (jangan keluar rumah tanpanya) - kita kini diingatkan supaya sentiasa membawanya, malah wajib memakainya: pelitup.
Bezanya, kalau terlupa bawa kad kredit berkenaan paling-paling kita sukar membuat pembayaran, kecuali kita ada kad lain yang boleh digunakan.

