Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

UJI PANDU

Kereta BMW comel tapi ligat dengan tenaga

Jul 12, 2022 | 08:28 PM



SEKALI pandang, saya langsung jatuh cinta dengan kereta comel BMW M240i berwarna ungu ini. 



Selain warnanya yang unik, reka bentuk yang seksi turut menjadi tarikan. Kereta jenis Coupe (dua pintu) ini merupakan kereta comel mewah yang berkeupayaan tinggi. 



Dari segi reka bentuk, M240i mempunyai keseimbangan garisan tajam dan garisan melengkung pada tubuhnya sekali gus mencerminkan reka bentuk yang ‘sporty’.



Juga menarik ialah desain gril berbentuk ginjal kembar yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil - cukup sempurna untuk kereta comel ini.



Huruf M yang diletakkan pada awal nombor model kereta ini melambangkan siri kenderaan BMW yang berkuasa tinggi. 



Kereta ini dimuatkan dengan enjin 3-liter, enam silinder jenis ‘in-line’ dengan 374 hp dan pacuan semua roda untuk menjana pengalaman pemanduan penuh emosi. Tork puncak ialah 500 Nm dan kereta serba baru ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam 4.3 saat.



Melihat ruang dalamnya, falsafah hiasan BMW yang mewah kelihatan jelas terpancar - serupa jika dibandingkan dengan kereta mewah lain. Perbezaan kecil mungkin dapat dilihat dalam hiasan grafik berwarna warni di bahagian pintu tepi melambangkan kereta yang penuh keceriaan.



Sebaik meletakkan punggung di atas kerusi pemandu, keselesaan kerusinya jelas dirasakan namun secara keseluruhannya pemadu dan penumpang yang bertubuh besar mungkin akan dapati ruang dalam kereta ini agak sempit. Begitu juga kerusi ruang belakang yang mungkin lebih sesuai untuk kanak-kanak.



BMW menawarkan sistem hiburan dan paparan maklumat yang mewah dari segi rupa dan keupayaan.



Misalnya, pemandu dan penumpang boleh memanfaatkan kemudahan Sistem Operasi BMW 7 untuk mendengar radio, menghubungkan telefon bimbit atau menggunakan peta navigasi untuk mencari jalan.



Kemudahan menukar ciri hiburan juga dipermudah dengan adanya alat kawalan dan butang di bahagian stereng. Misalnya jika ingin membesarkan bunyi radio, pemandu tidak perlu mencapai butang di konsol tengah tetapi boleh menggunakan butang pada stereng.



Pemandu kereta ini juga boleh menikmati kemudahan kunci bijak yang membuka kunci pintu secara automatik sebaik pemandu mendekati kereta.



BMW juga tidak lokek menyediakan pelbagai sistem untuk meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang. Peralatan asas termasuk amaran pelanggaran hadapan, Maklumat Had Kelajuan, Amaran Keluar Lorong dan Cruise Control dengan fungsi brek. Terdapat juga sistem Pencegahan Pelanggaran Belakang dan amaran trafik lintasan belakang, Pembantu Undur dan Kamera Bantuan Undur.



BMW M240i kini ada dipasaran dan ditawarkan pada harga bermula $365,888 (ketika laporan diterbitkan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >