Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kerjasama erat antara CNB, NCID tumpas sindiket dadah

Jan 31, 2022 | 05:30 AM



BAGI mencegah sindiket dadah dari bertapak di negara ini, CNB memerlukan kerjasama rentas sempadan - menjalankan operasi bersama dengan pihak berkuasa luar negara.



Salah satu sekutu rapat ialah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) Polis Diraja Malaysia.



Kerjasama rapat antara CNB dan NCID telah banyak membuahkan hasil. Sepanjang 20 tahun kededua agensi telah bersama-sama menumpaskan banyak sindiket dan merampas dadah bernilai jutaan dolar.



Beberapa contoh kerjasama antarabangsa telah dirakamkan dalam buku CNB The Bureau's Fight For A #DrugFreeSG.



Sebagai contoh Timbalan Superintenden (DSP) Qamarul Zaman Hussin mengongsi penglibatanya dalam Operasi Sea Knight pada Ogos 2007.



Beliau yang ketika itu berpangkat inspektor di divisyen risikan menceritakan bagaimana penangkapan seorang pengedar dadah di sini merintis operasi dua negara untuk membanteras sindiket dadah.



"Kami menghubungi rakan kerja di Malaysia untuk mohon bantuan menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang pembekal dadah di Malaysia," kata beliau.



Hasil siasatan yang dibuat dan maklumat yang diberikan pegawai Malaysia, DSP Qamarul dan pasukannya berjaya menjejak rangkaian pengedar dadah di Singapura yang bekerja untuk sindiket di Malaysia.



Serbuan kemudian dijalankan di sini.



Hasilnya orang kanan sindiket dan empat kurier dadah warga Malaysia diberkas.



CNB merampas 5.9 kg heroin, pelbagai dadah lain termasuk Ice, Ecstasy dan Erimin-5. Tiga kereta berdaftar Malaysia dan wang tunai $50,000 turut dirampas.



Maklumat yang dikongsi CNB bersama NCID pula berhasil mengenal pasti identiti ketua sindiket.



Serbuan yang dijalankan NCID di Malaysia seterusnya berjaya memecahkan sebuah makmal memproses dan tiga gedung simpanan dadah.



10 warga Malaysia dan dua warga Singapura diberkas di sana.



Sekitar 125 kg heroin, 20 kg Ice, 12 kg ketamine, 110,000 pil Eramin-5 dan lebih 22,000 pil ecstasy telah dirampas. Pegawai juga menemui wang tunai RM1.1 juta dan $39,000.



Penumpasan sindiket dadah dan kemusnahan kilang pengeluaran heroin memberi kejayaan besar bagi Singapura dan Malaysia.



"Operasi Sea Knight terus memperkukuh tahap kepercayaan antara NCID dan CNB. Kejayaan operasi mendorong kerjasama berterusan bagi kededua agensi.



"Kami telah membina hubungan baik dengan rakan kerja kami di Malaysia di semua peringkat agar mereka percaya kami dan mahu berkongsi maklumat. Kami pula perlu terus menyumbang maklumat untuk membuktikan kami komited dan boleh dipercayai," kata DSP Qamarul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >