MESKIPUN timbul ketidakpastian ditengah-tengah wabak Covid-19, terdapat ramai pasangan yang telah menyesuaikan diri dalam rancangan perkahwinan serta keluarga mereka kata pakar hubungan keluarga.

Memberi fokus kepada matlamat dan menilai semula keutamaan mereka di tengah-tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu, ia telah membolehkan pasangan lebih memahami antara satu dengan lain serta membantu mereka merancang masa depan mereka, kata Encik Ishak Ismail, Pengerusi Majlis Keluarga Sepanjang Hayat (FFL).