SETIAP kali ingin melupakan kesakitan yang dialaminya, Cik Azlina Alias akan mengambil berus lukisan dan mula melukis rama-rama dan bunga.

Seni menjadi cara Cik Azlina meluahkan dirinya dan terapi bagi beliau mengharungi pahit kehidupan yang sedang dilaluinya.