HUBUNGAN semakin tegang antara Amerika Syarikat dengan China akan menjejas perdagangan antarabangsa dan ekonomi sejagat, yang seterusnya akan memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Singapura.

Malah, ketegangan ekonomi dan geopolitik antara dua kuasa besar di dunia itu juga akan meletakkan Singapura dalam dilema strategik, iaitu tekanan untuk memilih pihak, meskipun Singapura lebih memilih untuk kekal 'neutral' dalam kedudukannya.