SEBAGAI Ketua Kawalan Pusat Kawalan Operasi Laluan Thomson-East Coast (TEL) Cik Nurasyikin Liyana Masturah Jumari mempunyai tanggungjawab penting memastikan operasi kereta api berjalan lancar lagi selamat.

Dan jika berlaku kerosakan beliau dan pasukannya juga perlu pantas bertindak agar kerosakan itu dapat diperbaiki dengan segera demi mengurangkan kesulitan kepada penumpang.