BAYANGKAN anda mempunyai 200 cawangan kedai yang menjual bermacam-macam epok-epok, teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu anda membuat penilaian tentang jenis epok-epok yang lebih digemari pelanggan dan membantu anda membuat perancangan untuk meningkatkan penjualan kata Pengarah Eksekutif CUE Group Encik Zainudin Nordin.

Menggunakan contoh rangkaian epok-epok sebagai satu cara mudah untuk menerangkan kehebatan teknologi AI, Encik Zainudin yang dilantik bulan lalu berkata AI juga boleh memberikan maklumat dengan pantas.