Topik diikuti
Pergi ke BHkuKeupayaan wanita dalam industri berkembang perlu dibangun agar kekal relevan
Aug 30, 2021 | 5:30 AM
Keupayaan wanita dalam industri berkembang perlu dibangun agar kekal relevan
MEMBANGUNKAN keupayaan dalam industri yang sedang berkembang merupakan kunci utama bagi wanita dalam masyarakat agar dapat terus diambil bekerja selain sedia masa hadapan untuk merebut pelbagai peluang meluas yang wujud daripada kedudukan Singapura sebagai hab global bagi inovasi dan teknologi.
Menekankan demikian, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam berkata wanita Melayu perlu didedahkan kepada kemahiran yang diperlukan untuk menceburi sektor berkembang itu.